Utusan Borneo (Sarawak)

Boleh mohon Sub-Cawangan KPDNHEP

Pemimpin setempat boleh kemuka permohonan jika berasa ada keperluan: Nanta

- Oleh Jessica Jawing

SERIAN: Pemimpin setempat yang berasakan ada keperluan untuk menubuhkan pejabat SubCawanga­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di kawasan mereka boleh membuat permohonan.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanap­un permohonan berkenaan akan dipertimba­ngkan berdasarka­n keperluan sesuatu tempat.

“Di Sarawak ini kita akan melihat jika ada tempat lain yang boleh kita pertimbang­kan untuk membuka

“Di Sarawak ini kita akan melihat jika ada tempat lain yang boleh kita pertimbang­kan untuk membuka cawangan tetapi buat masa sekarang, cawangan kita memadai.”

Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

cawangan tetapi buat masa sekarang, cawangan kita memadai.

“Namun, kita menyedari untuk menubuhkan cawangan pejabat amat penting lebih-lebih lagi dalam masa kita berhadapan wabak COVID-19, di mana insiden pembelian panik, harga barangan dinaikkan tidak berpatutan disebabkan gangguan bekalan, mungkin boleh berlaku.

“Maka itu kita mahu membuka banyak lagi cawangan untuk membantu kita memantau dan kita berharap pemimpin atau wakil rakyat setempat boleh mengemukak­an permohonan pejabat cawangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke pejabat Sub Cawangan KPDNHEP Serian yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu yang juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong di sini, semalam.

Tambah Nanta, permohonan menubuhkan pejabat subcawanga­n di Serian itu telah dikemukaka­n wakil rakyatnya, iaitu Manyin dan ADUN Kedup Martin Ben semasa lawatan beliau ke Serian pada tahun lepas.

Katanya, wakil rakyat berkenaan mengemukak­an permohonan terbabit kerana terdapat keperluan memandangk­an Serian bukan sahaja membangun, tetapi kedudukann­ya yang strategik berdekatan sempadan serta menjadi pusat laluan dari Kuching ke bandar lain di negeri ini.

“Selain itu, komuniti perniagaan di Serian juga besar dan kami KPDNHEP di Putrajaya meneliti permohonan ini dan mendapati memang terdapat keperluan untuk menubuhkan cawangan pejabat,” katanya sambil memberitah­u SubCawanga­n Serian berkenaan telah beroperasi pada 20 Ogos 2020 dan mempunyai lima anggota.

Nanta berkata selain Serian, KPDNHEP mempunyai dua lagi Sub-Cawangan iaitu di Betong dan Lawas.

Katanya, Sub-Cawangan

Betong juga beroperasi pada Ogos 2020 dan penubuhann­ya turut berdasarka­n permohonan pemimpin serta wakil rakyat setempatny­a.

“Kita sebenarnya tidak merancang spesifik di mana tempat untuk kita menubuhkan­nya tetapi ia bergantung kepada keperluan.

“Kita menerima maklum balas atau permohonan jika ada terdapat keperluan cawangan dibuka di tempat tertentu,” kata Ahli Parlimen Kapit itu.

Selain Sub-Cawangan, KPDNHEP juga mempunyai sembilan cawangan di seluruh negeri.

Hadir sama Residen Serian Tuah Suni dan Pengarah KPNDHEP Sarawak Datuk Stanley Tan.

 ??  ?? TERBAIK: Nanta (depan tengah) bersama yang lain merakamkan kenangan di hadapan premis Sub-Cawangan KPDNHEP Serian, semalam.
TERBAIK: Nanta (depan tengah) bersama yang lain merakamkan kenangan di hadapan premis Sub-Cawangan KPDNHEP Serian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia