Utusan Borneo (Sarawak)

TBS lancar versi baharu aplikasi Jejak Asnaf, lebih cekap, mudah

-

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) melancarka­n aplikasi Jejak Asnaf Versi 3 bagi membolehka­n masyarakat terlibat sama dalam usaha mengesan golongan asnaf yang memerlukan bantuan secara lebih berkesan di negeri ini.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, versi baharu itu lebih cekap dan mudah yang turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan AI dalam menghadapi cabaran penularan COVID19 ketika ini.

“Aplikasi versi sebelum ini, masyarakat hanya boleh membuat aduan atau melaporkan tentang asnaf di kawasan mereka.

“Namun, aplikasi Jejak Asnaf Versi 3 baharu ini membolehka­n orang ramai membantu TBS mengesan, melaporkan, menyiasat dan memberi kelulusan awal kepada TBS tentang potensi asnaf yang telah dikenal pasti,” katanya pada sidang media di Dewan Utama Saidina Umar Al-Khattab, Ibu Pejabat TBS di Batu Kawa semalam.

Tambahnya, aplikasi versi baharu itu juga dapat memberi maklum balas kepada TBS serta mengesahka­n golongan asnaf yang telah berdaftar di bawah TBS.

Jelas Abang Shibli, aplikasi versi baharu itu kini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apps Store.

“Setiap masyarakat yang menggunaka­n aplikasi ini secara sah menjadi pelapor yang berdaftar dengan TBS.

“Sehubungan itu, TBS mengalu-alukan masyarakat memberi kerjasama sebagai pelapor asnaf yang berdaftar dengan aplikasi ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, dengan usaha itu, TBS berharap golongan asnaf tidak terpinggir mahupun tercicir daripada golongan berhak mendapat bantuan daripada TBS.

Mengulas lanjut, beliau memberitah­u, setiap laporan yang telah diisi akan diproses segera dalam tempoh maksimum tiga hari bekerja.

Selain itu katanya, bagi 2020, TBS telah mengagihka­n RM71.35 juta hasil kutipan zakat kepada asnaf melalui tiga program utama iaitu Program Mengukuhka­n Tradisi Keilmuan, Program Membangunk­an Institusi Islam dan Program Memantapka­n Kebajikan Ummah.

“TBS juga telah menyalurka­n Bantuan Khas Darurat COVID-19 sebanyak RM8.5 juta kepada 54,403 penerima yang terjejas dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Malah katanya, bagi Januari hingga 11 Mac 2021, TBS telah mengagihka­n RM11.5 juta kepada golongan asnaf melalui pelbagai produk bantuan.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? LANCAR: Abang Shibli (kiri) ditemani Bolhassan menunjukka­n aplikasi Jejak Asnaf Versi 3 yang boleh didapati di ‘Google Play Store’ dan ‘App Store’.
LANCAR: Abang Shibli (kiri) ditemani Bolhassan menunjukka­n aplikasi Jejak Asnaf Versi 3 yang boleh didapati di ‘Google Play Store’ dan ‘App Store’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia