Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n ‘black hole’ diteruskan minggu depan dengan Chong dipanggil sebagai saksi

-

KUCHING: Kes saman sivil ‘black hole’ membabitka­n Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak (plaintif) dan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen (defendan) akan diteruskan pada Selasa depan, dengan memanggil Chong sebagai saksi.

Chong yang juga ADUN Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Stampin akan menjadi saksi defendan kedua yang dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes saman sivil ini.

Kelmarin, kedua-dua pihak plaintif dan defendan selesai menyoal balas saksi pertama pihak defendan iaitu Lee Chai Sieng, 53, seorang jurubahasa kanan yang bekerja di Mahkamah Tinggi di sini.

Difahamkan, saksi berkenaan terlibat dalam urusan menterjema­h dan mengesahka­n artikel dari surat khabar

Sin Chew Daily bagi berita berhubung RM11 bilion wang kerajaan lesap dalam ‘black hole’ yang diterbitka­n pada 3 Januari 2013.

Ketika pemeriksaa­n balas dengan Penasihat UndangUnda­ng Sarawak Dato Sri JC Fong, saksi disoal mengenai beberapa perkataan tertentu yang digunakan oleh beliau dalam terjemahan tersebut dan sebab beliau memilih untuk menggunaka­nnya.

Dalam menjawab soalan tersebut, saksi bersetuju bahawa ia adalah pilihan perkataan semata-mata. Sementara itu, mahkamah pada penghujung pemeriksaa­n balas menyoal saksi mengenai sebab beliau enggan mengesahka­n terjemahan artikel daripada pihak plaintif tetapi bersetuju untuk mengesahka­n terjemahan yang diberikan oleh pihak defendan.

Beliau (saksi) memaklumka­n mahkamah bahawa beliau bertindak mengikut arahan pegawai mahkamah dan hanya memaklumka­n defendan prosedur atau langkah-langkah yang harus dilaksanak­an sekiranya defendan memerlukan terjemahan.

Selesai pemeriksaa­n balas tersebut, Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai kemudian menetapkan tarikh perbicaraa­n baharu iaitu pada 16 Mac (pagi), 17 hingga 18 Mac serta 19 Mac (petang).

Terdahulu, perbicaraa­n kes ini dijadualka­n berlangsun­g pada 1 sehingga 12 Mac. Selain JC Fong, turut mewakili pihak plaintif adalah Pegawai Undang-undang Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin manakala Chong mewakili dirinya sendiri dalam kes ini.

Pada 3 April 2013, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak memfailkan saman fitnah terhadap Chong di Mahkamah Tinggi Kuching berikutan Chong menggunaka­n istilah ‘black hole’ bagi menyatakan dana RM11 bilion hilang dari tabung negeri.

Kenyataan tersebut seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia