Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun lalu mengumpul zakat berjumlah RM758 juta berbanding RM688 juta pada 2019

-

LABUAN: Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZ-MAIWP) telah mengumpul wang pungutan zakat sebanyak RM758 juta pada tahun lalu, berbanding RM688 juta pada tahun 2019 iaitu peningkata­n sebanyak 11 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata peningkata­n kutipan itu berdasarka­n kepada peningkata­n pertumbuha­n ekonomi di negara ini.

“Pungutan zakat telah meningkat sebanyak 11 peratus dan ini akan membantu MAIWP untuk mempelbaga­ikan skim bantuannya kepada golongan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Bersama Warga Agensi Agama Wilayah Persekutua­n Labuan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, barubaru ini.

Dr Zulkifli berkata antara skim bantuan yang ditawarkan MAIWP adalah sumbangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan Al-Gharimin, bantuan Ibnu Sabil, bantuan perubatan dan bantuan peralatan sekolah.

Selain itu, skim bantuan perkahwina­n, persediaan untuk pendidikan ke peringkat tinggi, bantuan kepada agensi kebajikan, aktiviti perniagaan dan pertanian.

Tambah beliau lagi, pada tahun ini Baitulmal-MAIWP Labuan telah memperuntu­kkan RM20 juta khusus untuk memberi pelbagai bentuk bantuan kepada asnaf di Wilayah Persekutua­n Labuan yang terjejas pendapatan mereka susulan pandemik COVID-19.

Katanya, MAIWP akan terus berusaha untuk memastikan kumpulan asnaf dijaga dengan baik dan hidup dengan lebih selesa.

“Baitulmal-MAIWP Labuan telah diperuntuk­kan sebanyak RM20 juta tahun ini untuk pelbagai skim bantuan untuk membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Sempena lawatan kerja itu, Dr Zulkifli menyertai program Ziarah Prihatin bertemu secara bersemuka dengan golongan asnaf untuk menyampaik­an bantuan pembinaan rumah dan perubatan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dr Nordin Ahmad, Pengarah JAWI, Datuk Mohd Adib Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

 ??  ?? AMANAT: Zulkifli pada Majlis Amanat Bersama Warga Agensi Agama Wilayah Persekutua­n Labuan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, baru-baru ini.
AMANAT: Zulkifli pada Majlis Amanat Bersama Warga Agensi Agama Wilayah Persekutua­n Labuan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia