Utusan Borneo (Sarawak)

Program Imunisasi COVID-19 ATM di Sarawak dilancarka­n

Sebanyak 7,020 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 bagi fasa pertama program itu tiba di Kuching pada 11 Mac lalu

-

Di bawah fasa pertama, keutamaan akan diberikan kepada anggota perubatan tentera dan anggota yang bertugas di Zon Merah dan sepanjang sempadan negara.

KUCHING: Program Imunisasi COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak dilancarka­n di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini, semalam.

Majlis pelancaran dihadiri Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa mewakili Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Bercakap pada sidang media di kem tersebut, Dzulkafli berkata sebanyak 7,020 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 bagi fasa pertama program itu tiba di Kuching pada 11 Mac lalu.

“Di bawah fasa pertama, keutamaan akan diberikan

Panglima 1 Divisyen kepada anggota perubatan tentera dan anggota yang bertugas di Zon Merah dan sepanjang sempadan negara.

“Vaksin juga sudah diterbangk­an ke Sibu, Bintulu dan Miri di mana program imunisasi yang sama juga diadakan hari ini (semalam),” ujarnya.

Mengenai program semalam, seramai 120 anggota Tentera Darat dan Tentera Udara yang bertugas di sekitar Kuching telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID19.

Turut menerima suntikan dos pertama vaksin semalam ialah Dzulkafli dan Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad.

Program ini menurut Dzulkafli, bertujuan membentuk kelompok imuniti dalam usaha mengekang penularan pandemik di negara ini.

Sementara itu, Azhar pada sidang media sama berterima kasih kepada kerajaan dan kepimpinan ATM atas pemberian vaksin ini.

“Selepas program imunisasi ini kami akan terus menjaga dan membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19 dalam negara,” katanya.

Awal bulan ini, dilaporkan seramai 3,500 anggota ATM di Sarawak akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19.

Di bawah fasa pertama, dianggarka­n 35 peratus daripada anggota ATM di Sarawak akan divaksin.

Anggota yang sedang bertugas di pos sempadan negara hanya akan menerima vaksin sekembali mereka ke pangkalan masing-masing di bawah fasa kedua program ini.

Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TERIMA SUNTIKAN: Dzulkafli menerima suntikan dos pertama vaksinPfiz­er-BioNTechCO­VID-19 di Dewan Bukavu, Kem Penrissen semalam.
— Gambar Roystein Emmor TERIMA SUNTIKAN: Dzulkafli menerima suntikan dos pertama vaksinPfiz­er-BioNTechCO­VID-19 di Dewan Bukavu, Kem Penrissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia