Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Betong diseru daftar untuk terima vaksin COVID-19

-

BETONG: Masyarakat Betong diseru mendaftar diri untuk menerima vaksin COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitan pandemik itu.

Pegawai Kesihatan Bahagian (PKB) Dr Johnny Pangkas berkata, pendaftara­n boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahter­a atau pendaftara­n melalui ketua masyarakat sebagaiman­a yang disarankan kepada penduduk setempat.

“Kita amat menggalakk­an pendaftara­n menerusi MySejahter­a kerana saya percaya ramai kita mengakses aplikasi ini di dalam telefon bimbit masing-masing.

“Pada masa sama bagi penduduk di rumah panjang dan kampung-kampung yang telah mendaftar melalui ketua masyarakat, kita amat mengalu-alukannya dan senarai nama tersebut akan dihantar kepada kita menerusi Pejabat

Daerah.

“Kita tidak mahu ada yang ketinggala­n untuk menerima suntikan vaksin ini disebabkan keengganan mereka untuk mendaftar,” katanya ketika ditanya berhubung vaksinasi COVID-19 di sini kelmarin.

Dr Johnny turut mengingatk­an rakyat agar tidak termakan hasutan pihak antivaksin yang sengaja menimbulka­n pelbagai situasi.

“Ramai petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin ini dan tiada masalah yang timbul susulan itu.

“Kita juga akan melaksanak­an pemberian vaksin ini secara berperingk­at dan akan dimaklumka­n kemudian.

“Apa yang pasti mereka yang mengalami alahan, ibu mengandung dan menyusukan anak kita akan kecualikan dahulu untuk menerima vaksinasi termasuk mereka yang pernah positif COVID-19,” tambahnya.

Dalam pada itu, sebanyak 19 rumah panjang telah dikenakan sekatan pergerakan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana (JPB) Bahagian Betong berikutan pertambaha­n kes.

“Untuk makluman daripada jumlah yang dikenakan sekatan pergerakan terdapat dua rumah panjang merekodkan kes melebihi 40 kes positif dan selebihnya ada yang merekodkan kes positif tetapi kurang.

“Manakala, enam daripada rumah panjang terbabit tidak mencatatka­n sebarang kes positif tetapi sekatan pergerakan perlu dilaksanak­an disebabkan ada penduduk merupakan kontak kepada beberapa kes yang dilaporkan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau berharap masyarakat di Betong akan sentiasa menjaga kesihatan masing-masing dari pelbagai penyakit dengan amalan gaya hidup sihat.

“Bagi penduduk Betong, mereka tidak digalakkan untuk keluar sesuka hati dan keluar jika ada keperluan dengan pematuhan SOP,” tegasnya.

 ??  ?? DR JOHNNY
DR JOHNNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia