Utusan Borneo (Sarawak)

Edwin Bandang terus dapat sokongan komponen GPS

-

SIBU: Pelobi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan Edwin Bandang mendapat sokongan padu daripada komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Pakan untuk bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri Ke12 (PRN12) nanti.

Beliau mendapat sokongan tersebut ketika menghadiri Program Mesra Bersama Wanita GPS sempena Hari Wanita Sedunia anjuran Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Pakan di sebuah restoran di Sarikei, baru-baru ini.

Berucap pada majlis tersebut, Ketua Wanita PDP Pakan Pamela Gelingie Aprit berpendapa­t peluang untuk Edwin bertanding adalah cerah dan beliau adalah individu yang paling sesuai mewakili PDP dan rakyat di Pakan.

Menurutnya, ramai penduduk di Pakan sudah lama mengenali Edwin dan beliau adalah calon akar umbi dan kemenangan dalam PRN12 amat cerah jika beliau dicalonkan kelak.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pakan Nurai Chendang menyokong pencalonan

Edwin dalam PRN12 nanti kerana beliau adalah seorang yang disenangi oleh rakyat Pakan.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pakan Kaunselor Jimbun Radin ketika berucap pada majlis sama turut memberi jaminan peluang Edwin untuk diketengah­kan pada PRN12 ini adalah 97 peratus.

Menurutnya, sebagai tunjang parti terbesar dalam GPS, PBB sentiasa adil dalam pengagihan kerusi di DUN dan tidak akan merebut kerusi N.47 Pakan daripada PDP.

“PBB tidak akan ganggu kerusi komponen parti GPS yang lain tetapi apa yang PBB pusat mahu GPS akan menang di mana kerusi yang ditandingi, justeru PBB tahu 97 peratus bahawa Edwin akan bertanding dan beliau adalah yang paling sesuai untuk mempertaha­nkan dan memenangi kerusi DUN Pakan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Edwin ketika berucap pada majlis tersebut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas sokongan yang diterimany­a itu.

Beliau gembira kerana semua pengikut dalam komponen GPS mempunyai prinsip sama, taat setia sepanjang perjalanan melobi percalonan PDP di kerusi DUN Pakan walaupun banyak cabaran dan rintihan dihadapi selama enam bulan lepas.

Edwin berkata, selama berkempen menjadi pelobi ternyata lebih dua pertiga JKKK dan penduduk rumah panjang di Pakan yang mahukan wakil baharu di kerusi N.47 Pakan.

Jelas beliau juga, lebih daripada separuh tuai rumah atau ketua masyarakat mengharapk­annya menjadi wakil rakyat mereka walaupun keadaan di Pakan sangat sulit untuk mendedahka­n diri mereka dengan membuat sokongan terbuka.

Sementara itu, program tersebut bertujuan mengeratka­n lagi hubungan wanita GPS dan bersedia untuk menghadapi PRN12 akan datang.

Ia dihadiri oleh 63 wanita GPS yang mewakili Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bayong, Sungai Rusa, Babai, Wak, Lemujan, Dayu dan SK Nanga Kota dalam kawasan DUN Pakan.

 ??  ?? SOKONG: Wanita-wanita komponen GPS yang diketuai oleh Pamela (duduk, dua kiri) serta yang lain menyatakan sokongan mereka kepada Edwin (duduk, tengah) di Sarikei.
SOKONG: Wanita-wanita komponen GPS yang diketuai oleh Pamela (duduk, dua kiri) serta yang lain menyatakan sokongan mereka kepada Edwin (duduk, tengah) di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia