Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kluster baharu diisytihar­kan di Sarawak

Kluster Jalan Main Bazaar di Sri Aman, Kluster Buluh Pasi di Meradong dan Kluster Sena di Miri

- Oleh Agnes Tugong

Hasil pengesanan kontak rapat kepada kes ini, tambahan 11 kes dikesan positif COVID-19 melibatkan 10 ahli keluarga kes indeks dan dua rakan sekolah kepada salah seorang kontak

” yang didapati positif.

KUCHING: Tiga lagi kluster baharu diisytihar­kan di Sarawak semalam iaitu Kluster Jalan Main Bazaar di Daerah Sri Aman, Kluster Buluh Pasi di Daerah Meradong dan Kluster Sena di Daerah Miri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kluster Jalan Main Bazaar merupakan kluster komuniti yang berlaku di kampung di Jalan Main Bazaar di Daerah Sri Aman.

Kluster ini katanya, melibatkan sebuah keluarga yang kemudian merebak melibatkan pelajar sekolah di sebuah sekolah menengah di Sri Aman.

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-9,908 iaitu seorang wanita tempatan berumur 52 tahun yang dikesan melalui saringan prapembeda­han di Hospital Umum Sarawak pada 1 Mac 2021.

“Hasil pengesanan kontak rapat kepada kes ini, tambahan 11 kes dikesan positif COVID-19 melibatkan 10 ahli keluarga kes indeks dan dua rakan sekolah kepada salah seorang kontak yang didapati positif.

“Sejumlah 133 individu telah disaring di mana 12 individu dikesan positif termasuk kes indeks, 103 individu negatif dan 18 individu masing menunggu keputusan,” katanya pada sidang media

Timbalan Ketua Menteri

semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah Kluster Buluh Pasi juga merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di kawasan Sungai Buluh, Jalan Pasi di Daerah Meradong dalam Bahagian Sarikei.

Kes indeks kepada kluster ini katanya, adalah kes ke7,689 yang telah dikesan melalui saringan di tempat kerja atas inisiatif aktif majikannya.

Sejumlah 267 individu telah disaring melibatkan kluster ini di mana 21 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 246 kes negatif dan tiada kes menunggu keputusan makmal.

Bagi Kluster Sena pula, ia juga merupakan kluster komuniti yang dikesan di Daerah Miri melibatkan kontak rapat kepada kes indek di

Lorong Sena di Desa Senadin, Permyjaya dan dua rumah panjang di Daerah Subis.

Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-8,866 yang merupakan wanita tempatan berumur 47 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 24 Februari 2021.

Sejumlah 166 individu telah disaring di mana 61 individu didapati positif termasuk kes indeks, 95 individu didapati negatif dan 10 individu masih menunggu keputusan.

Uggah turut memaklumka­n Kluster Bintang Daily di Meradong ditamatkan semalam selepas tiada kes baharu dikesan melibatkan kluster ini.

Kluster ini diisytihar­kan pada 1 Februari 2021 dan kes terakhir dikesan melibatkan kluster ini adalah pada 11 Februari 2021 dengan sejumlah 70 individu disaring, 10 didapati positif termasuk kes indeks dan 60 individu negatif.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERKEMBANG­AN SEMASAl Uggah bercakap pada sidang media harian JPBNS di Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon PERKEMBANG­AN SEMASAl Uggah bercakap pada sidang media harian JPBNS di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia