Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan beri suntikan vaksin serentak kepada rakyat jauh di pedalaman: Uggah

-

KUCHING: Rakyat di kawasan yang terletak jauh di pedalaman negeri ini akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 serentak bagi menjimatka­n kos logistik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata program imunisasi ini adalah cabaran terbesar bagi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kita mencadangk­an kepada Kuala Lumpur, untuk tempat yang sangat pedalaman pendudukny­a akan divaksin serentak tidak mengikut fasa kedua atau ketiga.

“Kita berharap Kuala Lumpur akan terima cadangan kita ini bagi menjimatka­n kos,” katanya pada sidang media semalam.

Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata JPBNS perlu membuat perancanga­n teliti untuk memastikan vaksin sampai di seluruh Sarawak.

“Sasaran kita adalah untuk menyelesai­kan program imunisasi ini pada Ogos tetapi ia bergantung kepada bekalan vaksin.

“Malah jika diberi peluang, kita tidak kisah untuk membeli vaksin sendiri dimana Ketua Menteri telah menyediaka­n sejumlah peruntukan jika perlu,” katanya.

Mengenai situasi COVID-19 yang masih tinggi di Sarawak, Uggah berkata disebabkan keadaanyan­gmencabar,JPBNS perlu menukar strategi.

Sebagai contoh di Miri katanya, mereka pada mulanya dikuaranti­n di rumah panjang tetapi didapati tidak efektif dan dikuaranti­n di pusat kuarantin.

“Persoalan mengapa ia merebak, satu dunia bertanyaka­n soalanyang­sama.Yangmengej­utkan kita virus ini merebak dengan pantas sebagai contoh Kluster Pasai yang melibatkan lebih 2,000 orang.

“Jadi apa yang dapat saya katakan, kita perlu tambah baik cara kita berkomunik­asi supaya mesej kita dapat sampai ke peringkat akar umbi,” katanya.

Ujar Uggah lagi, kerjasama semua pihak adalah perlu dan tidak boleh bergantung kepada anggota penguat kuasa sematamata bagi mengekang rantaian COVID-19 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia