Utusan Borneo (Sarawak)

11 lelaki ditangkap berhubung kes tipu sijil keputusan ujian COVID-19

-

KUCHING: Polis Sarawak menangkap 11 lelaki di sekitar daerah ini berhubung penipuan dokumen sijil keputusan ujian rt-PCR COVID19.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Maria Rasid berkata dua laporan polis berhubung penipuan ini dibuat Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Jabatan Ketua Menteri pada 6 dan 8 Mac 2021.

Katanya, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat dan denda.

“Susulan laporan polis yang dibuat, jabatan telah membuat tangkapan 11 lelaki di sekitar daerah Kuching pada 7 dan 12 Mac 2021.

“Turut dirampas satu unit telefon bimbit serta beberapa keping kad sim milik salah seorang suspek.

“Lapan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala tiga lagi suspek yang baru ditangkap hari ini (semalam) masih dalam tindakan lanjut pihak polis,” katanya pada sidang media JPBNS semalam yang dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tambah Maria, kedua-dua kes penipuan ini melibatkan klinik swasta dan menawarkan bayaran antara RM50 hingga RM100.

Kertas siasatan katanya, akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Malaysia Negeri Sarawak dengan cadangan pertuduhan kes dalam tempoh terdekat setelah siasatan selesai.

Maria turut menegaskan pihak polis memandang serius isu penipuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 ini kerana ia membahayak­an kesihatan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai menjadi rakyat yang bertanggun­gjawab dan tidak menipu laporan saringan COVID-19.

Selain itu katanya, premis kesihatan atau makmal yang menawarkan perkhidmat­an ujian saringan COVID-19 juga perlu bertanggun­gjawab dan tidak menipu dalam soal ini.

 ??  ?? TEGAS: Maria pada sidang media JPBNS semalam.
TEGAS: Maria pada sidang media JPBNS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia