Utusan Borneo (Sarawak)

PPIB UiTM Sarawak anjur KAIB kali kedua secara dalam talian

-

KOTA SAMARAHAN: Pusat Pengembang­an dan Penyelidik­an Islam Borneo (PPIB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak mengadakan Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo (KAIB) kali kedua secara dalam talian melalui platform ‘Zoom’ pada Rabu lepas.

Konferensi itu bertempat di Bilik Seminar Utama, Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak, bertemakan ‘Perubatan dan Rawatan Islam dalam Mendepani Pandemik COVID-19.’

Majlis ringkas perasmian konferensi ini telah disempurna­kan Rektor UiTM Profesor Dato Dr Jamil Hamali.

UiTM Sarawak dalam kenyataan berkata KAIB Online Siri 2 telah disertai 10 institusi pendidikan tinggi di seluruh kepulauan Borneo iaitu UiTM Sarawak, UiTM Sabah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Brunei, Universiti Sultan Sharif Ali Brunei dan Universita­s Lambung Mangkurat Banjarmasi­n Indonesia.

Selain itu, Universita­s Mulawarman Samarinda Indonesia, Institut Agama Islam

Negeri Samarinda Indonesia, Institut Agama Islam Negeri Pontianak Indonesia, Universiti Islam Negeri Antasari Banjarmasi­n Indonesia dan Institut Agama Islam Negeri Palangka Raya Indonesia.

Tambahnya, konferensi kali ini menampilka­n enam ucaptama yang terdiri daripada tokoh akademik dan penyelidik dalam bidang perubatan dan rawatan Islam dari dalam dan luar negara.

“Mereka terdiri dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, China dan Pakistan.

“Mereka adalah Profesor Dr Irwan Mohd Subri dari Universiti Islam Sains Malaysia), Dr Swandari Paramita (Universita­s Mulawarman Samarinda, Indonesia), Profesor Dr Tang Lilong (Ningxia Medical University, China), Yang Mulia Dr Adanan Basar (Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei), Dr Mohd Afifuddin Mohamad (Universiti Sains Malaysia, Malaysia), Yang Terhormat Mufti Naeem Shahid (Islamic Institute of

Halal Sciences Jamia-tur Rasheed, Karachi, Pakistan), “ujarnya.

Tambahnya, tujuan majlis secara dalam talian ini ialah mempromosi­kan Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo (KAIB) Online Siri 3 yang akan dianjurkan pada bulan April untuk kali ketiga di Sarawak.

“Semoga dengan adanya KAIB Online ini, mampu menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai KAIB Online Siri 3 pada masa akan datang,” katanya lagi.

 ??  ?? NORMA BAHARU: Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo kali kedua secara dalam talian melalui platform ‘Zoom’.
NORMA BAHARU: Konferensi Antarabang­sa Islam Borneo kali kedua secara dalam talian melalui platform ‘Zoom’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia