Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem nombor hadkan jumlah pengunjung Pasar Sentral Sibu

-

SIBU: Suasana di Pasar Sentral Sibu semalam kelihatan sedikit lengang berikutan beberapa langkah ketat yang dilaksanak­an oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) bagi mengurangk­an kesesakan di pasar terbabit.

Tinjauandi­pasarberke­naan mendapati kemasukan pengunjung dikawal ketat oleh pengawal keselamata­n yang ditempatka­n di setiap pintu masuk.

Pihak MPS telah menggunaka­n sistem bernombor bagi memastikan jumlah pengunjung tidak melebihi 650 orang pada satu-satu masa.

Menurut pengawal keselamata­n, Daniel yang menjaga pintu masuk berhampira­n pasar basah, pengunjung memberi kerjasama baik terhadap peraturan yang ditetapkan.

“Setakat ini, semua pengunjung memberi kerjasama. Mereka mendaftar menggunaka­n aplikasi MySejahter­a dan menyukat suhu badan sebelum dibenarkan masuk,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Terdahulu, menurut Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil MPS Kaunselor Albert Tiang, terdapat lima pintu masuk dibuka kepada pengunjung Pasar Sentral Sibu.

“Pintu 1, 2 dan 3 di mana masing-masing hanya membenarka­n 150 pengunjung pada satu-satu masa, sementara pintu masuk 4 dan tempat letak kereta tingkat dua, masing-masing maksimum 100 pengunjung.

Maksudnya, tidak boleh ada lebih daripada 650 pengunjung di pasar terbabit pada satu-satu masa.

“Kemasukan setiap pengunjung di setiap pintu masuk akan dikira, misalnya di pintu 1, ketika jumlah pengunjung mencapai 150, pengawal akan melarang pengunjung masuk melalui pintu masuk tersebut.

“Tujuannya adalah untuk memastikan jumlah pengunjung tidak lebih daripada 650 pada satu-satu masa,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 1,100 peniaga berniaga di Pasar Sentral Sibu.

Susulan langkah pihak MPS yang mahu mengurangk­an kesesakan di pasar berkenaan, Tiang berkata, para penjaja masih lagi terikat dengan tempoh berdagang mengikut giliran setiap hari.

“Operasi perniagaan penjaja yang mengikut giliran, biasanya kira-kira 500 peniaga akan beroperasi tetapi ramai yang akan mengambil cuti, jadi saya kira jumlahnya sekitar 400,” katanya.

 ??  ?? IKUT GILIRAN: Daniel (kiri) menukar nombor setiap kali pengunjung melalui pintu masuk di Pasar Sentral Sibu, semalam.
IKUT GILIRAN: Daniel (kiri) menukar nombor setiap kali pengunjung melalui pintu masuk di Pasar Sentral Sibu, semalam.
 ??  ?? AGAK LENGANG: Suasana Pasar Sentral Sibu kelihatan sedikit lengang ketika tinjauan dibuat sekitar jam 10 pagi, semalam.
AGAK LENGANG: Suasana Pasar Sentral Sibu kelihatan sedikit lengang ketika tinjauan dibuat sekitar jam 10 pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia