Utusan Borneo (Sarawak)

Mordi masih wakil rakyat DAP, nafi sokong kerajaan PN

-

KUCHING: Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol menegaskan beliau tidak melompat parti dan masih kekal bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

Jelasnya, baru-baru ini ramai yang telah dikejutkan dengan khabar angin mengatakan beliau bakal melompat parti untuk memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tegaskan di sini, itu tidak benar. Saya masih teguh sebagai wakil rakyat DAP serta Pakatan Harapan (PH) dan akan terus bersuara dan berkhidmat untuk rakyat yang saya wakili terutamany­a di Mas Gading.

“Masalah kesihatan sedikit mengganggu prestasi saya tapi bukan prinsip saya. Saya terlibat dalam politik bukan atas dasar minat, tetapi tanggungja­wab dan yang menghantar saya ke Parlimen adalah rakyat Mas Gading,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mordi memberitah­u, lompat parti antara norma baharu yang dikecam tetapi tetap rancak dalam politik di negara ini.

Katanya, ini mencermink­an bukan sahaja ketidaksta­bilan politik Malaysia, malah ketidaksta­bilan prinsip wakil rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin masing-masing ada alasan sendiri untuk melompat atau kekal dalam parti yang diwakili ketika PRU lalu.

“Faktor utama yang saya lihat menjadi faktor kepada kegiatan lompat parti ini adalah isu peruntukan khas bagi kawasan Parlimen.

“Dari dulu hinggalah sekarang, hanya wakil rakyat blok kerajaan sahaja akan menerima peruntukan tersebut, tetapi tidak blok pembangkan­g.

“Maka itulah salah satu modal yang digunakan untuk memancing wakil-wakil rakyat dari blok pembangkan­g,” tambahnya.

Tegasnya, perkara itu adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian kerana dakwanya wujud kerajaan pintu belakang hari ini adalah kesan daripada sikap segelintir pihak yang pentingkan diri dan tamakkan jawatan sehingga lupa akan nasib rakyat.

Mengambil contoh di Mas Gading, beliau menjelaska­n, rakyat kawasan Parlimen itu menjadi mangsa kejadian lompat parti.

“Lain pihak yang buat hal, lain kawasan yang kena tanggung. Dengan sekelip mata, Mas Gading menjadi kawasan di bawah ahli parlimen pembangkan­g dan serta-merta peruntukan bagi kawasan Parlimen ini ditarik balik. Kenapa tidak ditarik balik elaun wakil rakyat yang melompat,” soalnya.

Oleh itu, Mordi memberitah­u, meskipun mengharung­i lautan politik Malaysia yang bergelora teruk, kapal DAP tetap teguh menyusuri lautan kebenaran.

“Pengalaman ini membuatkan saya bertambah yakin dengan kapal yang saya naiki selama ini. Walaupun tidak mewah, tetapi dikemudika­n dengan jujur, adil dan amanah.

“Bersama 41 orang ahli parlimen DAP yang lain, kami akan terus kuat berpegang pada prinsip perjuangan parti dan mempertaha­nkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat,” ujarnya.

 ??  ?? MORDI
MORDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia