Utusan Borneo (Sarawak)

Banci Malaysia fasa kedua secara bersemuka sehingga Mei di Sarawak

-

KUCHING: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) fasa kedua yang melibatkan kerja lapangan secara bersasar akan dijalankan bermula Mac hingga Mei 2021 di Sarawak.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak Dayang Rozana Abang Hassan dalam kenyataan berkata, kerja pembancian yang sedang dilaksanak­an akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Perinciann­ya adalah seperti bagi zon atau kawasan Hijau dan Kuning akan menggunaka­n kaedah bersemuka, e-Census dan penghantar­an Soal selidik secara ‘Drop of and Pick up’ (DOPU).

“Temu bual secara bersemuka harus mematuhi penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan seringkasr­ingkasnya,” katanya.

Manakala bagi zon atau kawasan Jingga dan Merah pula jelas Dayang Rozana, hanya kaedah ‘Computer-Assisted Telephone Interviewi­ng’ (CATI), e-Census dan DOPU akan digunakan..

Namun tegasnya, dalam menyokong usaha membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara, DOSM menggalakk­an pengisian banci secara dalam talian (e-Census).

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci boleh mengambil peluang untuk mengisi maklumat banci secara dalam talian.

Dalam pada itu, katanya, berdasarka­n maklum balas yang diterima sehingga 10 Mac 2021, jumlah penduduk Malaysia yang telah dibanci adalah seramai 11.4 juta atau 34.9 peratus berbanding anggaran penduduk tahun 2020 seramai 32.7 juta.

“Bagi Sarawak, seramai 590,000 penduduk telah dibanci iaitu 20.8 peratus berbanding anggaran 2.8 juta penduduk,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, DOSM Sarawak juga akan membuka kaunter perkhidmat­an e-Census kepada orang awam yang berminat untuk mendapatka­n ‘invitation code’ dan membuat pengisian e-Census.

Menurutnya, butiran pembukaan kaunter perkhidmat­an tersebut adalah di Tingkat 9, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, Bangunan TDPT Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, dari 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021, kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am dan waktu operasi 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an orang awam mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam usaha bersama memerangi penularan wabak COVID-19.

“Bagi sesiapa yang telah mendapat ‘invitation code,’ sila layari https://ecensus. mycensus.gov.my/landing untuk melengkapk­an pengisian e-Census.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Bilik Gerakan Banci Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak 082-203994/082230604,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia