Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin akar umbi diingat perkasa kepolisan komuniti

-

TATAU: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan rumah panjang serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) diingatkan agar memperkasa kepolisan komuniti bagi membantu Pejabat Daerah memantau sekali gus memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.

Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong berkata, penduduk perlu patuh dengan SOP yang ditetapkan antaranya menjaga penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan sebagainya serta tidak mengadakan sebarang majlis sosial semasa tempoh pandemik.

“Sekiranya terdapat simptom COVID-19 yang dihidapi penduduk seperti demam, segera maklumkan kepada klinik kesihatan yang berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan,” ujarnya pada Program Memperkasa Kepolisan Komuniti Peringkat JKKK Rumah Panjang dan Kampung Daerah Tatau di Pejabat Daerah Tatau semalam.

Beliau berkata, KMKK Tatau juga perlu berperanan menggalakk­an penduduk rumah panjang mendaftar dengan MySejahter­a untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19.

Ujarnya, bagi yang tidak mempunyai aplikasi MySejahter­a, borang pendaftara­n telah diedarkan melalui KMKK oleh pejabat daerah dan diingatkan agar borang yang telah lengkap diisi dihantar segera kepada Pejabat Daerah Tatau.

“Vaksinasi akan dilakukan secara berperingk­at-peringkat di Pusat Vaksinasi Dewan Sukan Tatau dan Pejabat Daerah Tatau akan terus berhubung dengan KMKK dengan mengadakan sesi penerangan dan perkongsia­n maklumat berkaitan dengan program imunisasi dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Terdahulu, program itu dihadiri 15 peserta terdiri daripada Pemanca Gerosen Jubin dan wakil KMKK Tatau.

 ??  ?? PERKASA KOMUNITI: KMKK Tatau yang hadir dalam Program Memperkasa Kepolisan Komuniti Peringkat JKKK Rumah Panjang dan Kampung Daerah Tatau, semalam.
PERKASA KOMUNITI: KMKK Tatau yang hadir dalam Program Memperkasa Kepolisan Komuniti Peringkat JKKK Rumah Panjang dan Kampung Daerah Tatau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia