Utusan Borneo (Sarawak)

18 notis kompaun dikeluar dalam Ops Premis Bersih di Limbang

-

LIMBANG: Sebanyak 18 notis kompaun melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarka­n kepada pemilik dan pengusaha premis kedai makanan pada Ops Premis Bersih di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM2009) di sini, barubaru ini.

Kompaun dikeluarka­n oleh Pegawai Kesihatan Persekitar­an yang juga ketua operasi, Elizabeth Chong pada operasi penguatkua­saan premis makanan secara besar-besaran di sekitar bandar Limbang.

Kesalahan-kesalahan melibatkan satu notis kompaun bernilai RM500 di bawah Peraturan 11 kerana kegagalan pemilik premis mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan dan suntikan vaksin antitifoid.

Manakala, satu notis kompaun dikenakan di bawah

Peraturan 30 kerana pengendali tidak menjalani latihan/ kursus pengendali makanan dan kompauan bernilai RM200 telah dikenakan.

Seramai lima individu pula dikeluarka­n notis kompaun di bawah Peraturan 32 dan setiap notis kompaun bernilai RM100 akibat tidak memakai pakaian pengendali makanan yang betul (selipar, tidak pakai topi).

Sementara itu, sejumlah RM1,000 daripada 10 notis kompaun dikenakan di bawah Peraturan 33 akibat tidak menjaga kebersihan diri, berkuku panjang dan memakai gelang tangan turut dikeluarka­n.

Seorang pemilik premis turut dikeluarka­n notis kompaun sebanyak RM500 atas kegagalan mengekalka­n premis makanan yang bersih di bawah Peraturan 34.

Menurut Pegawai Kesihatan

Bahagian Dr Norliza Jusoh, semua notis kompaun perlu dibayar dalam tempoh 14 hari.

Tegasnya, kegagalan membayar kompaun itu akan menyebabka­n mereka yang berkenaan boleh didakwa di mahkamah.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau boleh dihukum maksimum dua tahun penjara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Norliza menasihatk­an setiap pengendali makanan untuk mengikuti kursus pengendali makanan dan menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Beliau turut menyeru pengendali makanan mengamalka­n kebersihan diri dan premis makanan setiap masa untuk mengelak penyakit seperti cirit-birit dan keracunan makanan.

 ??  ?? TEGAS: Pasukan Penguatkua­sa Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang yang terlibat dalam Ops Premis Bersih, baru-baru ini.
TEGAS: Pasukan Penguatkua­sa Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang yang terlibat dalam Ops Premis Bersih, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia