Utusan Borneo (Sarawak)

Denda tidak lebih RM100,000 untuk berita palsu mengenai COVID-19, darurat

-

KUALA LUMPUR: Manamana individu mencipta, menerbit atau menyebarka­n berita tidak benar berhubung COVID-19 atau proklamasi daurat boleh berdepan dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, mulai semalam (Jumaat).

Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Ini berikutan kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021, yang berkuat kuasa semalam, menurut Warta Kerajaan Persekutua­n yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara kelmarin.

Ordinan tersebut dimasyhurk­an oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut tafsiran Ordinan tersebut, ‘berita tidak benar’ termasukah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruha­n atau sebahagian­nya palsu yang berhubunga­n dengan COVID-19 atau proklamasi darurat sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambar­kan perkataan atau idea.

Ordinan itu menetapkan mana-mana orang melalui apa-apa cara, dengan niat untuk menyebabka­n atau berkemungk­inan menyebabka­n ketakutan atau kebimbanga­n kepada orang awam dengan mengadakan, menawar, menerbitka­n, mencetak, mengedar, mengelilin­gkan atau menyebarka­n apa-apa berita tidak benar atau penerbitan tidak benar boleh diambil tindakan.

Selain itu, mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung, menyediaka­n atau menjadikan tersedia bantuan kewangan dengan niat supaya bantuan kewangan itu digunakan atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercaya­i bahawa bantuan kewangan itu digunakan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah seksyen tersebut, melakukan suatu kesalahan.

Ia memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarak­an maksimum enam tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga boleh memerintah­kan orang yang disabitkan kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas dan jika tidak mematuhi perintah, boleh disabitkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Mereka yang yang mempunyai dalam milikan atau kawalannya apa-apa penerbitan mengandung­i berita tidak benar untuk menghapusk­an penerbitan itu dalam masa 24 jam dari masa arahan diberikan oleh seorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa.

Kegagalan berbuat demikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 dan didenda selanjutny­a tidak melebihi RM3,000 bagi tiaptiap hari selama kesalahan berterusan selepas sabitan.

Mana-mana orang yang terjejas oleh arahan penghapusa­n penerbitan oleh pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak arahan itu.

Di bawah penguatkua­saan, tiap-tiap kesalahan di bawah Ordinan ini adalah ‘kesalahan boleh tangkap’ dan seseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Ordinan itu.

Polis atau pegawai juga diberi kuasa menjalanka­n penggeleda­han, juga diberikan capaian kepada data berkompute­r sama ada disimpan dalam satu komputer atau selainnya.

Capaian itu termasukla­h kata laluan, kod penyahsuli­tan, perisian atau perkakasan yang perlu.

“Mana-mana orang yang tidak mematuhi permintaan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” menurut Ordinan itu.

Ia juga menyatakan tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam manamana mahkamah terhadap kerajaan Malaysia atau manamana pegawai polis atau pegawai diberi kuasa berkenaan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalk­an dengan suci hati dalam melaksanak­an peruntukan Ordinan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia