Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan penjenayah bunuh 31 dalam tiga serangan di Nigeria: Saksi

-

KANO: Beberapa kumpulan penjenayah telah membunuh seramai 31 orang dalam tiga serangan berasingan di barat laut dan tengah Nigeria, menurut penduduk tempatan kelmarin, dalam keganasan terbaharu di wilayah bergolak itu.

Pada Rabu lepas, penjahat yang menunggang motosikal menyerbu perkampung­an Damaga di barat laut wilayah Zamfara, membunuh penduduk dan mencuri ternakan ketika penduduk kampung melarikan diri dari serangan tembakan.

“Penjahat tersebut muncul pada kira-kira jam 1 petang waktu tempatan dan mula melepaskan tembakan secara rambang. Mereka telah membunuh 13 orang,” Ayuba Musa memberitah­u AFP.

“Mereka telah melarikan sejumlah besar lembu, kambing biri-biri dan kambing. Mereka malah tidak meninggalk­an ayam sekalipun,” tambah beliau.

Kejadian tembakan itu memaksa pelajar dari sebuah sekolah menengah di kampung itu meninggalk­an kelas kerana takut akan diculik, kata seorang lagi penduduk, Sahame Umar, yang memberikan angka yang sama.

Para mangsa telah dikebumika­n pada lewat Rabu lepas, menurut Musa, yang menghadiri upacara pengebumia­n.

Bahagian tengah dan barat laut negara itu telah semakin menjadi hab bagi kumpulan jenayah, pencuri lembu dan penculik yang menyerbu kampung, membunuh dan menculik penduduk selepas merompak dan membakar rumah.

Ketika kumpulan penjahat itu bertindak dengan motif kewangan dan tidak mempunyai panduan ideologi, terdapat kebimbanga­n yang berkembang bahawa mereka mungkin terpengaru­h dengan pelampau dari timur laut, yang telah melancarka­n pemberonta­kan sejak lebih satu dekad bagi membentuk sebuah negara Islam.

Pada awal Rabu, kumpulan penjahat telah menceroboh kampung Osewu di tengah wilayah Nasarawa pada kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan.

“Penjahat menggunaka­n parang untuk menyerang dan membunuh 17 orang, termasuk ketua kami,” seorang penduduk Idris Habibu memberitah­u AFP.

Beliau menyatakan penyerang muncul dalam “jumlah yang ramai”, meninggalk­an anggota sukarelawa­n tempatan dalam keadaan tidak berdaya.

Seorang lagi penduduk, Abdullahi Omeiza, berkata penyerang telah menggunaka­n parang untuk membunuh di sebalik bersenjata­kan senapang.

Pada Selasa lepas, kumpulan penjayah telah membunuh seorang dan mencederak­an 18 lagi ketika mereka menawan kampung Kapana di tengah negara Niger, kata anggota perundanga­n tempatan Andrew Danjuma Jagaba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia