Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bunuh dua anak untuk wang insurans dipenjara lebih 200 tahun

-

LOS ANGELES: Seorang lelaki California telah dijatuhkan hukuman penjara selama lebih 200 tahun kelmarin selepas melemaskan dua anak lelakinya yang autistik dengan cara memandu kereta keluar dari jeti bertujuan untuk menuntut polisi insurans nyawa yang dia telah ambil untuk mereka.

Ali Elmezayen, 45, memandu kereta sedan keluarga jenis Honda – bersama dengan bekas isteri dan dua anak lelaki di dalamnya – keluar dari sebuah jeti di San Pedro, selatan Los Angeles, pada 9 April, 2015.

Anak lelakinya, berusia lapan dan 13 tahun, telah lemas namun bekas isterinya, Raba Diab, diselamatk­an oleh seorang nelayan yang melontar pelampung kepadanya.

Elmezayen melepaskan diri melalui tingkap di sebelah pemandu yang terbuka dan berenang ke arah tangga pada limbungan.

Berikutan dengan kematian anak lelakinya, Elmezayen, seorang rakyat Mesir, telah mendapat lebih AS$260,000 untuk polisi insurans dari dua syarikat.

Pihak berkuasa menyatakan Elmezayen telah memindahka­n kebanyakan wang tersebut ke Mesir dan kirakira AS$80,000 telah dirampas dari akaunnya di bank AS.

Elmezayen telah disabitkan pada Oktober 2019 atas tuduhan persekutua­n untuk penipuan mel dan penghantar­an wang, kecurian identiti dan pengubahan wang.

Hakim Daerah AS John Walter menjatuhka­n hukuman penjara selama 212 tahun terhadapny­a dan mengecam apa yang beliau katakan sebagai “sifat jenayahnya yang kejam tiada perasaan belas kasihan.”

“Dia adalah seorang penipu yang sangat bijak,” kata Walter. “Satu-satunya kesalan yang dimiliki oleh defendan adalah dia telah tertangkap.”

Elmezayen masih berdepan tuduhan negeri bagi pembunuhan dua anak lelakinya dan cubaan membunuh bekas isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia