Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa raya Peru mahu Fujimori dipenjara 30 tahun

-

LIMA: Pendakwa raya menyatakan kelmarin mereka akan menuntut tempoh hukuman penjara selama 30 tahun bagi pemimpin pembangkan­g Peru Keiko Fujimori, dituduh menerima dana haram bagi usaha pilihan raya presidenny­a yang gagal pada 2011 dan 2016.

Fujimori, sekali lagi bertanding dalam pilihan raya pada April, dituduh telah menerima sebanyak AS$1.2 juta dalam pembiayaan haram dari syarikat gergasi pembinaan Brazil yang dicemari oleh skandal Odebrecht, sejak dinamakan semula sebagai Novonor.

Dia mendakwa menjadi mangsa penindasan politik.

“Pendakwa raya Jose Domingo Perez akan memfailkan dakwaan terhadap Keiko Fujimori dan 41 orang lain bagi jenayah terancang, penyelewen­gan wang, menghalang tugas-tugas kehakiman dan memberi keterangan palsu dalam satu prosedur pentadbira­n,” pejabat pendakwa raya umum mengumumka­n selepas satu siasatan selama 28 bulan.

Ia menyatakan dalam satu kenyataan bahawa tempoh penjara selama 30 tahun dan 10 bulan akan diminta untuk Fujimori dan pemimpin lain dalam partinya Popular Force, dan tempoh di antara enam dan 22 tahun bagi 33 tertuduh yang lain.

Tiada tarikh perbicaraa­n yang telah ditetapkan. Fujimori, anak perempuan kepada bekas presiden Peru Alberto Fujimori, berada di tempat ketiga dalam pilihan raya umum pada bulan depan, menurut beberapa pungutan suara.

Sekiranya menang, Fujimori berkata dia akan mengampuni bapanya yang telah menjalani hukuman selama 25 tahun bagi jenayah menentang kemanusiaa­n dan korupsi.

Bapanya telah didapati bersalah kerana mengarahka­n dua pembunuhan oleh skuad kematian pada 1991 dan 1992 ketika menjadi presiden.

Anak perempuann­ya, 45, menghabisk­an masa lebih setahun dalam penahanan praperbica­raan, dan telah dibebaskan sebanyak dua kali oleh mahkamah.

Skandal rasuah Odebrecht yang meluas melibatkan pembayaran beratus-ratus juta dolar dalam bentuk rasuah bagi memenangi kontrak kerja-kerja awam di beberapa negara.

Syarikat itu telah mengaku membayar sekurang-kurangnya AS$29 juta untuk merasuah pegawai Peru, termasuk empat bekas presiden.

Fujimori menyatakan di Twitter kelmarin bahawa dia akan “terus berdepan dengan penindasan dan bergerak ke depan dengan lebih bersemanga­t supaya dengan bersatu padu kita boleh mengatasi darurat kesihatan dan ekonomi ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia