Utusan Borneo (Sarawak)

95 peratus anggota, pegawai PDRM sedia terima vaksin COVID-19: KPN

Kira-kira tiga peratus pula tidak dapat menerima vaksin itu kerana masalah kesihatan

-

IPOH: Kira-kira 95 peratus anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, kira-kira tiga peratus pula tidak dapat menerima vaksin itu kerana masalah kesihatan.

“Yang tidak mahu mengambil vaksin (kerana kesihatan) ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Saya juga akan berusaha menerangka­n (kepada baki dua peratus lagi) tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementeria­n Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan bomoh, pendeta, guru ajaran sesat. Kalau saya tahu mereka ikut ajaran sesat, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan kursus lesen juruterban­g peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, di sini semalam.

Abdul Hamid berkata demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard COVID-19,

Yang tidak mahu mengambil vaksin (kerana kesihatan) ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Saya juga akan berusaha menerangka­n (kepada baki dua peratus lagi) tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementeria­n Kesihatan. ”

Tan Sri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

Abdul Hamid menjelaska­n tindakan itu diambil demi keselamata­n orang ramai.

“Semalam viral satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahter­a. Peraturan itu dibuat dan dilaksanak­an demi keselamata­n orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lainlain pengunjung di premis tersebut.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikas­i. Boleh merayu.

“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti COVID19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Kelmarin tular menerusi

media sosial mengenai seorang lelaki dikompaun RM10,000 kerana gagal mengimbas kod MySejahter­a mahupun mendaftar secara manual di sebuah restoran di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Hamid berkata pewartaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang berkuat kuasa semalam akan memudahkan polis bertindak terhadap penyebar berita palsu berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat.

Jelasnya, sebelum ini polis perlu mendapatka­n perintah untuk siasat (OTI) daripada pejabat pendakwa raya yang kadangkala memakan masa selama seminggu sehingga menyukarka­n penguatkua­saan dan tindakan segera dilakukan.

“Untuk mendapatka­n OTI bukan lima minit, tetapi makan masa seminggu. Kini kita boleh ambil tindakan terus kepada pesalah, sekali gus menyekat penyebaran berita palsu yang boleh mencetuska­n ketidaksen­angan hati, kegusaran dan kegemparan umum,” katanya.

Berdasarka­n e-Federal Gazette yang dikeluarka­n kelmarin, mana-mana individu yang menyebarka­n berita tidak benar mengenai COVID-19 dan Proklamasi Darurat akan dikenakan denda hingga RM100,000 atau dipenjarak­an.

Ordinan tersebut diwartakan kelmarin dan berkuat kuasa semalam.

Terdahulu pada majlis tersebut, seramai sembilan pegawai polis dipakaikan Sayap Juruterban­g PDRM.

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Abdul Hamid (kanan) menyampaik­an anugerah Kate gori Terbaik Keseluruha­n kepada Insp. Jonathan Mok Chen Chong (kiri) pada majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan rasmi kursus‘Private Pilot License’ No 18 Siri 1/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Abdul Hamid (kanan) menyampaik­an anugerah Kate gori Terbaik Keseluruha­n kepada Insp. Jonathan Mok Chen Chong (kiri) pada majlis pemakaian sayap juruterban­g dan penutupan rasmi kursus‘Private Pilot License’ No 18 Siri 1/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia