Utusan Borneo (Sarawak)

Azeez Rahim gagal batal 13 tuduhan rasuah, ubah wang haram

-

KUALA LUMPU: Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam gagal dalam permohonan­nya untuk membatalka­n tiga pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapiny­a.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Abdul Azeez, 54, selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandask­an peruntukan undang-undang.

“Saya mendapati alasan yang dikemukaka­n pemohon (Abdul Azeez) adalah tidak berasas. Pemohon juga gagal menunjukka­n bahawa pendakwaan terhadapny­a adalah bersifat mala fide (berniat jahat).

“Pada pandangan saya, kes ini bukan kes yang sesuai dan wajar bagi mahkamah melaksanak­an kuasa sedia ada untuk mengetepik­an dan membatalka­n pertuduhan terhadap pemohon. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” kata hakim.

Jelas Muhammad Jamil, pertuduhan di bawah Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihadapi Abdul Azeez adalah tidak cacat walaupun empat projek berasingan digabungka­n dalam satu pertuduhan kerana suapan yang diterima adalah berkenaan kesemua projek tersebut.

“Tidak timbul isu ‘duplicity’ atau ‘multiplici­ty’ kerana ini bukan kesalahan menerima suapan yang berasingan bagi setiap satu projek tersebut. Oleh itu, tiada pelanggara­n Seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntu­kkan pertuduhan berlainan bagi setiap kesalahan yang dibuat,” kata hakim itu.

Sementara itu, bagi kesalahan pengubahan wang haram, Muhammad Jamil berkata tiada kekaburan ke-rana pertuduhan mengandung­i butiran sebagaiman­a dikehendak­i Seksyen 152 dan Seksyen 153 Kanun Tatacara Jenayah.

“Pertuduhan bukan dirangka dengan cara prejudis dan pemohon juga tidak menunjukka­n bagaimana beliau terkeliru atau diprejudis­kan.

“Kekurangan butiran dalam bentuk apa dan bagaimana wang diterima pemohon yang tidak menyatakan tarikh tepat dan tempat kesalahan dilakukan iaitu di sekitar Lembah Klang, tidak menjadikan pertuduhan-pertuduhan itu defektif (cacat),” katanya.

Selain itu, hakim berkata ketinggala­n butiran (tarikh tepat dan lokasi) dalam pertuduhan tersebut tidak menyebabka­n pemohon terkeliru sehingga tidak boleh mengemukak­an pembelaan yang sewajarnya.

Mengenai isu pemohon yang disiasat berhubung Tabung Haji tetapi pertuduhan tidak berkaitan dengan lembaga itu, Muhammad Jamil berkata hal tersebut tertakluk kepada pihak pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan di bawah undang-undang yang difikirkan wajar.

“Sebelum ini, sebagaiman­a yang dihujahkan timbalan pendakwa raya, pendakwaan telah membuat pindaan sewajarnya terhadap pertuduhan pertama hingga kesembilan dengan kebenaran mahkamah dan tanpa sebarang bantahan daripada peguam bela yang mewakili pemohon dalam perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen.

“Pemohon tidak boleh mengatakan bahawa tindakan pihak pendakwaan yang meminda kesemua sembilan pertuduhan tersebut menyalahi undang-undang atau penyalahgu­naan proses mahkamah. Dalam apa jua keadaan dengan kebenaran mahkamah, pihak pendakwaan berhak untuk meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraa­n,” katanya.

Berdasarka­n semakan di laman web kehakiman, perbicaraa­n kes Abdul Azeez di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijadualka­n bersambung pada Isnin ini (15 Mac).

Dalam prosiding sebelum ini, seramai lima saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez turut memaklumka­n mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukak­an rayuan terhadap keputusan semalam.

Abdul Azeez menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruha­n RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

 ?? — Gambar Bernama ?? KES RASUAH: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Abdul Azeez (kanan) untuk membatalka­n 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapiny­a.
— Gambar Bernama KES RASUAH: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Abdul Azeez (kanan) untuk membatalka­n 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia