Utusan Borneo (Sarawak)

Perak mencatatka­n jumlah koperasi wanita tertinggi iaitu sebanyak 30, diikuti Johor (29), Selangor (26) manakala Kedah mempunyai 17 koperasi wanita. Kebanyakan koperasi wanita terlibat dalam aktiviti fungsi perkhidmat­an dengan 42 peratus manakala penggun

-

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi

” Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, komposisi anggota bagi kesemua koperasi wanita itu pula hanya 18,750 anggota daripada golongan wanita atau 0.31 peratus daripada jumlah 6.1 juta anggota koperasi di seluruh negara.

“Koperasi wanita menyumbang RM5.6 juta atau 0.03 peratus kepada keseluruha­n perolehan koperasi yang berjumlah RM21.2 bilion pada 30 Jun 2020. Jumlah itu dilihat sangat rendah kerana tidak mampu untuk mencapai tahap 0.5 peratus.

“Perak mencatatka­n jumlah koperasi wanita tertinggi iaitu sebanyak 30, diikuti Johor (29), Selangor (26) manakala Kedah mempunyai 17 koperasi wanita. Kebanyakan koperasi wanita terlibat dalam aktiviti fungsi perkhidmat­an dengan 42 peratus manakala pengguna sebanyak 31 peratus,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, penglibata­n wanita yang sedikit itu berlaku akibat kurangnya kesedaran serta ada wanita yang takut dan tidak berani untuk tampil ke hadapan bagi mentadbir koperasi kaum hawa.

“Jadi, kita mahu mengubah dan memperkasa­kan koperasi wanita. Di pihak kementeria­n pula, saya sendiri telah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Keusahawan­an dan Koperasi Wanita selain berkolabor­atif dengan beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkasa­kan golongan ini.

“Kita mahu buat gerakan besar-besaran bagi memberi maklumat jelas betapa pentingnya kaum ibu dan wanita untuk melibatkan diri dalam koperasi bagi membantu menjana pendapatan mereka. Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya berharap jumlah wanita yang terlibat dalam koperasi ini mampu mencecah sehingga 20 peratus,” katanya.

Terdahulu, beliau melancarka­n Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Gerakan Koperasi Kedah 2021 di Pejabat Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan negeri Halimaton Shaadiah Saad.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an sumbangan daripada Gerakan Koperasi Negeri Kedah dan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) kepada koperasi dan beberapa pihak yang terjejas akibat penularan COVID19 yang melibatkan jumlah keseluruha­n RM283,500. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia