Utusan Borneo (Sarawak)

Sarjan polis selamatkan mangsa kebakaran terima penghargaa­n

-

REMBAU: Tindakan nekad seorang sarjan polis menyelamat­kan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar di sini pada 6 Mac lepas mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Semalam, Sarjan Mat Shah Kasim, 57, menerima penghargaa­n daripada menteri itu melalui Pegawai TugasTugas Khasnya Datuk Seri Zulkifli Noordin.

Mat Shah berkata, beliau tidak mengharapk­an sebarang balasan daripada mana-mana pihak kerana tindakanny­a itu berdasarka­n keikhlasan, namun mengaku terharu menerima penghargaa­n tersebut yang turut disifatkan sebagai hadiah bermakna bersempena persaraann­ya pada November depan.

“Pengalaman berhadapan dengan api yang marak selama hampir sejam itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila, apa di fikiran saya ketika itu hanyalah ingin menyelamat­kan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil penghargaa­n daripada Zulkfili pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Che Zakaria Othman, di sini.

Mengimbas kembali tragedi itu, Mat Shah berkata semasa kejadianpa­daSabtulep­as,beliau baru sahaja selesai melakukan penugasan kira-kira jam 6.30 petang dan dalam perjalanan pulang apabila ternampak api marak membakar bahagian depan sebuah rumah papan.

Menurut anggota Bahagian Logistik Pengangkut­an Ibu Pejabat Polis Rembau itu, beliau nekad untuk meredah api tersebut selepas melihat seorang wanita warga emas meluru ke dalam rumah bagi menyelamat­kan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya.

“Ketika itu bomba belum sampai dan saya menjerit kepada warga emas itu supaya tidak masuk ke rumah, tetapi dia masuk juga kerana anaknya masih berada di dalam rumah itu. Tanpa fikir panjang, saya masuk dan terus menyelamat­kan anaknya.

“Alhamdulil­lah, meskipun keadaan pada masa itu agak bahaya, Allah masih melindungi saya dan akhirnya saya dapat membawa keluar mangsa yang terperangk­ap di bahagian dapur,” katanya, menambah kedua-dua mangsa mengalami lecur pada beberapa bahagian badan. — Bernama

PUTRAJAYA: Ahli farmasi komuniti kini dikategori­kan dalam senarai petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti di dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Dalam kenyataan semalam, Dr Adham menjelaska­n ia susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).

“Keputusan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4,000 ahli farmasi komuniti di Malaysia untuk diberikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama,” katanya.

Kategori 2 merujuk kepada anggota petugas barisan hadapan yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahanan, anggota keselamata­n dan perkhidmat­an penting. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PATUT DICONTOHI: Zulkifli (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n KDN kepada Mat Shah yang menyelamat­kan dua nyawa dalam satu kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar pada 6 Mac lepas, di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di Rembau, semalam. Turut hadir Che Zakaria (tengah).
— Gambar Bernama PATUT DICONTOHI: Zulkifli (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n KDN kepada Mat Shah yang menyelamat­kan dua nyawa dalam satu kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar pada 6 Mac lepas, di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di Rembau, semalam. Turut hadir Che Zakaria (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia