Utusan Borneo (Sarawak)

Langgar SOP PKP: 330 individu dikompaun RM10,000 sehingga kini

Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediaka­n alat pengukur suhu

-

“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP. ”

Tan Sri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 330 notis kompaun RM10,000 telah dikeluarka­n kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Kelmarin, Abdul Hamid berkata nilai kompaun kerana melanggar SOP PKP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan langkah

itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Abdul Hamid berkata, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehka­n kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.

Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediaka­n alat pengukur suhu.

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan kesalahan tidak mendaftark­an diri menggunaka­n aplikasi MySejahter­a ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaa­n mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Kompaun itu dikeluarka­n semasa pasukan pematuhan SOP PKP membuat pemeriksaa­n di lokasi berkenaan pada 6.55 petang.

“Ingin ditegaskan (dakwaan) kononnya individu dikompaun itu telah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dikenakan kompaun susulan tidak mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahter­a dalam tempoh pelaksanaa­n PKP Bersyarat (PKPB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia