Utusan Borneo (Sarawak)

PBAPP syor kerajaan negeri lakukan pembenihan awan

-

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mencadangk­an kepada kerajaan negeri untuk melaksanak­an operasi pembenihan awan bagi mencapai kapasiti efektif minimum 80 peratus di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang menjelang Disember 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata, terdapat sedikit taburan hujan di kawasan tadahan air di kedua-dua empangan, menyebabka­n kapasiti efektif di Empangan Air Itam menurun kepada 77.3 peratus kelmarin berbanding 95.2 peratus pada 1 Januari lepas, manakala Empangan Teluk Bahang turut menurun daripada 58.7 peratus kepada 56.7 peratus pada tempoh sama.

“Kami mengesyork­an kerajaan negeri melaksanak­an pembenihan awan lagi tahun ini bagi menggalakk­an hujan yang lebih banyak, yang boleh dilakukan pada April hingga Disember, sama seperti tahun lepas.

“Ini yang menyelamat­kan kita tahun lepas kerana kita mendapat kapasiti yang bagus untuk kedua-dua empangan. Terdapat 15 operasi pembenihan awan yang dilakukan pada 2020 dan kami menyaranka­n ia turut dilakukan tahun ini,” katanya pada sidang media mengenai paras air empangan di Pulau Pinang di sini semalam.

Beliau berkata, Empangan Air itam mampu bertahan selama 75 hari dengan tahap kapasiti efektif semasa manakala Empangan Teluk Bahang selama 170 hari.

Jaseni berkata, PBAPP mengeluark­an amaran bekalan air pertama tahun ini bagi memastikan kedua-dua empangan mempunyai kapasiti mencukupi hingga Ogos.

Tahun lepas katanya, kapasiti Empangan Air Itam mencapai tahap terendah iaitu 31.4 peratus pada 2 Oktober manakala Empangan Teluk Bahang 16 peratus pada 5

September.

Beliau berkata, PBAPP melaksanak­an langkah kawalan cuaca kering bagi mengekalka­n kapasiti penyimpana­n dua empangan termasuk memantau kapasiti empangan di Pulau Pinang dan Kedah, serta paras air Sungai Muda setiap hari, selain mengoptimu­mkan pelepasan harian dari Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang. Jaseni berkata, PBAPP juga melepaskan air mentah dari Empangan Mengkuang di Seberang Perai untuk menampung pengeluara­n air di Loji Rawatan Air Sungai Dua jika perlu.

 ?? — Gambar Bernama ?? AIR SUSUT: Takungan air di Empangan Teluk Bahang, George Town (gambar) susut dari 58.7 peratus pada 1 Januari lepas kepada 56.7 peratus semalam berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini.
— Gambar Bernama AIR SUSUT: Takungan air di Empangan Teluk Bahang, George Town (gambar) susut dari 58.7 peratus pada 1 Januari lepas kepada 56.7 peratus semalam berikutan cuaca panas yang melanda di negara ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Jaseni ketika bertemu para pengamal media semalam berikutan kapasiti air di Empangan Air Itam, George Town telah berkuranga­n berikutan cuaca panas di kawasan empangan berkenaan.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Jaseni ketika bertemu para pengamal media semalam berikutan kapasiti air di Empangan Air Itam, George Town telah berkuranga­n berikutan cuaca panas di kawasan empangan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia