Utusan Borneo (Sarawak)

ITBM lantik Sakri Abdullah sebagai Pengarah Urusan

-

KUALA LUMPUR: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melantik Sakri Abdullah sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Mac lepas.

Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM Sabri Azit berkata, pelantikan Sakri adalah langkah tepat dalam memastikan segala usaha dan hala tuju untuk ITBM kembali memperkasa­kan fungsi asal penubuhann­ya pada 1993 bergerak lancar.

“ITBM akan memberi fokus penuh kepada peranan asalnya iaitu khidmat terjemahan, kejurubaha­saan, latihan serta menawarkan khidmat penerbitan secara komersial selain mengukuhka­n fungsi untuk menjadi badan payung dalam industri terjemahan di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

“Ia satu tanggungja­wab yang mencabar tetapi dengan sokongan semua pihak, kami yakin ITBM akan menjadi organisasi yang lebih kukuh serta mampu menyediaka­n perkhidmat­an terbaik dan berkualiti sekali gus membentuk budaya serta modal insan yang lebih berdaya saing,” katanya dalam kenya-taan semalam.

Menurutnya, pelantikan Sakri sebagai CEO selepas lebih dua tahun jawatan itu kosong jelas membuktika­n kedudukan dan keberadaan ITBM dalam industri kekal relevan dan kembali meraih perhatian serta kepercayaa­n kerajaan untuk terus menyumbang peranan memperkasa­kan bidang penterjema­han negara. Sakri yang berkelulus­an Sarjana Pendidikan daripada Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (kini dikenali sebagai Universita­s Negeri Makasar), Ujung Padang, Indonesia, mempunyai pengalaman 26 tahun berkhidmat di ITBM.

Beliau memulakan kerjaya di ITBM pada 1995 sebagai Eksekutif Penyelidik­an dan Pembanguna­n Perniagaan dan sejak itu menjawat pelbagai jawatan, antaranya Ketua Unit Jualan dan Pemasaran, Ketua Unit Penerbitan, Ketua Jabatan Terjemahan dan Penerbitan serta Ketua Jabatan Penerbitan sebelum menyandang jawatan Pengurus Besar pada 2014 dan memangku jawatan Pengarah Urusan sejak 15 Oktober 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia