Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong Maradona di Argentina tunjuk perasaan menuntut keadilan

-

BUENOS AIRES: Beratus penyokong pasukan Argentina menunjuk perasaan pada Rabu untuk menegakkan keadilan buat bintang bola sepak Diego Maradona, yang meninggal pada 25 November lalu dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Maradona telah dibiarkan meninggal dan ini tidak adil, ia tidak adil buat insan yang telah sangat banyak menyumbang kepada Argentina untuk dilupakan seperti ini,” Abel Chorolque, pemandu teksi berusia 44 tahun kata kepada AFP semasa protes itu.

Maradona yang berusia 60 tahun meninggal akibat serangan jantung hanya beberapa minggu sebelum pembedahan darah beku di otak.

Penyiasat sedang mencari sejarah rawatan kesihatan beliau sebelum kematianny­a untuk menentukan pemergiann­ya disengajak­an ataupun tidak, dan pesalah itu boleh dihukum penjara selama 15 tahun.

Protes “10M” itu telah dikendalik­an oleh kumpulan peminat Maradona dari media sosial dengan slogan “Keadilan buat Diego, beliau tidak meninggal, beliau dibunuh.”

Dua anak perempuann­ya,

Dalma dan Gianinna dan anak bongsu beliau, Diego Fernando, 8 – juga berada di protes itu. Keadaan bertukar menjadi tegang apabila beberapa penyokong mengugut untuk membunuh Matias Morla, peguam Maradona, yang bertanggun­gjawab memilih pasukan kesihatan yang merawat beliau sehingga saat kematian.

Maradona menjalani pembedahan pada 3 November, hanya empat hari selepas menyambut hari kelahiran ke-60 beliau.

Namun, beliau nampak lesu dan menghadapi kesukaran bertutur.

Maradona bertarung dengan ketagihan kokain dan arak sebelum ini. Beliau mengalami kegagalan hati, buah pinggang dan jantung ketika pemergiann­ya.

Sebuah panel yang terdiri daripada 10 orang pakar dan lebih 10 orang lagi dipilih oleh parti yang berkaitan, dipertangg­ungjawab untuk menampilka­n hasil siasatan tentang punca kematian dalam dua atau tiga minggu.

Doktor Maradona, Leopoldo Luque, psikiatri Agustina Cosachov dan fisiologi Carlos Diaz dan juga dua orang jururawat, seorang pengendali jururawat dan seorang pengendali perubatan kini berada dalam siasatan.

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBELAAN: Bekas isteri Maradona, Claudia Villafane (tengah) dan anak perempuann­ya menyertai tunjuk perasaan menuntut keadilan buat mendiang Maradona di Buenos Aires.
— Gambar AFP PEMBELAAN: Bekas isteri Maradona, Claudia Villafane (tengah) dan anak perempuann­ya menyertai tunjuk perasaan menuntut keadilan buat mendiang Maradona di Buenos Aires.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia