Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Milan berpeluang ke suku akhir kejohanan

Catat keputusan seri 1-1 dengan Man United di Old Trafford, Rangers turut berpeluang setelah mengikat Prague 1-1

-

PARIS: Gol penyamaan lewat Simon Kjaer memberi AC Milan keputusan seri 1-1 dengan Manchester United pada Khamis sekali gus memberi peluang kepada gergasi Itali itu untuk mara ke suku akhir Liga Europa.

Kjaer membuat tandukan tepat pada saat akhir sebelum masa tamat dalam 16 akhir, perlawanan pertama di Old Trafford, menyamakan kedudukan selepas Amad Diallo menjaringk­an gol pembuka pada minit ke-50 dan menandakan gol pertama beliau bersama United.

Dengan prestasi mereka yang kelihatan merosot di Old Trafford, pertemuan bersejarah antara dua kumpulan itu sejak 2010 menandakan perlawanan penyingkir­an pertama mereka di luar kejohanan Liga Juara-Juara.

Milan membuat dua gol pada permulaann­ya namun dibatalkan, usaha Rafael Leao juga ofsaid dan cubaan tangkas Franck Kessie pada minit ke-11 tidak diambil kira setelah video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola itu terkena tangan pemain tengah.

Pembukaan oleh Diallo pada separuh masa menampakka­n aksi yang memberangs­angkan dari jurulatih United, Ole Gunnar Solskjaer, sejurus selepas beliau memecah kebuntuan.

Bruno Fernandes melorong cantik bola kepada pemain 18 tahun Diallo, yang memintas mengharung­i pertahanan Milan dan membuat tandukan ke belakang melepasi Gianluigi Donnarumma.

Namun United gagal untuk mempertaha­nkan pendahulua­n itu apabila ketangkasa­n Milan dihadiahka­n dengan sebuah gol ketika masa berbaki beberapa saat dengan tandukan Kjaer berjaya melepasi Dean Henderson.

Rangers juga mara ke suku akhir setelah keputusan seri 1-1 menentang Sparta Prague.

Jaringan gol jarak dekat oleh Filip Helander pada separuh masa memaksa Rangers untuk menyamakan kedudukan dengan Prague, beberapa hari selepas memenangi Liga Scottish mereka setelah 10 tahun.

Nicolae Stanciu memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah dengan gol permulaan pada minit ke-7 yang lolos dari penjaga gol Rangers, Allan McGregor.

Namun Rangers kembali menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum masa rehat apabila berjaya mengambil kesempatan dalam kesulitan dengan sepakan percuma Borna Barisic.

Ondrej Kolar membuat asakan hebat dalam menghalang pasukan pelawat daripada membuat jaringan apabila beliau meregangka­n tangan menepis rembatan Ryan Kent yang memesong menuju sudut atas.

McGregor ialah penyelamat perlawanan itu apabila beliau menghalang tandukan tangkas Lukas Masopust yang sepatutnya masuk menuju sudut bawah.

Juara empat kali Eropah, Ajax hampir menjejakka­n kaki ke lapan terakhir selepas kemenangan ke atas Young Boys 3-0 di Amsterdam hasil jaringan Davy Klaassen, Dusan Tadic dan Brian Brobbey.

Klaassen meletakkan pasukannya ke hadapan pada minit ke-62 dengan merembat gol yang ditanduk kepadanya diikuti pertukaran rancak dengan Tadic.

Tadic membawa Ajax ke kelayakan dengan berbaki lapan minit perlawanan dengan menjaringk­an gol kedua yang hebat ekoran bola yang memantul masuk ke pintu gol.

Kelayakkan mereka semakin nampak dalam masa kecederaan dengan aksi hebat oleh pemain berusia 19 tahun Brobbey apabila beliau berjaya menjaringk­an gol dari sudut sempit.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan 16 akhir Liga Europa pusingan pertama di antara Manchester United dan AC Milan di Old Trafford.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan 16 akhir Liga Europa pusingan pertama di antara Manchester United dan AC Milan di Old Trafford.
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN: Helander (dua kiri) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan di Rangers pada perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Europa menentang Prague.
— Gambar AFP RAIKAN: Helander (dua kiri) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan di Rangers pada perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Europa menentang Prague.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia