Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis: Muguruza singkirkan Sabalenka untuk ke semifinal Kejohanan Dubai

-

DUBAI: Garbine Muguruza mengatasi Aryna Sabalenka dalam perlawanan tiga set sengit untuk dua minggu berturut-turut untuk mara ke separuh akhir Dubai buat kali ketiga.

Pemain Spenyol itu muncul tempat kedua di Doha minggu lalu, bangkit sari satu set kekalahan dan mengalahka­n pilihan ketiga Sabalenka 3-6, 6-3, 6-2 dan bakal bertarung dengan Elise Mertens.

Dalam perlawanan lain, Mertens, pilihan ke-10, kembali dengan memenangi tiga pusingan 5-7, 7-5, 6-0 kepada Jessica Pegula. Beliau mara ke separuh akhir yang ke-15 dalam kariernya.

“Ia sangat mengagumka­n untuk kembali seperti ini. Saya tidak mahu melepaskan­nya dan terus berjuang, dan itulah semangat saya hari ini,” ulas Mertens.

Muguruza dan Sabalenka mempamerka­n perlawanan yang amat mengagumka­n di Doha minggu lalu dan sekali lagi beraksi di Dubai pada Khamis.

Ralli itu rancak sejak permulaan dengan pukulan selaju 140km/j dan memberi cabaran hebat untuk sesama sendiri.

Sabalenka membuka permainan dengan jurang 4-1 dan melangkah selesa hanya dalam masa 35 minit.

Muguruza gopoh pada mulanya namun membuat tentangan dalam set kedua, meraih empat mata dan terus menyamakan kedudukan.

Mata pendahulua­n diperolehi dalam permainan awal sebelum Muguruza mendahului dua kali dengan 5-2 menyaksika­n Sabalenka hilang fokus.

Bekas pemain nombor satu dunia itu melangkah selesa ke perlawanan empat terakhir untuk kali kedua.

“Saya menjangkak­an persaingan yang sengit namun saya telah bersedia. Beliau bermain rancak dalam set pertama, saya rasa saya tidak begitu perlahan, tetapi cukup untuk memberikan­nya dominasi dalam perlawanan,” kata pilihan kesembilan Muguruza.

“Saya mahu kembali dengan lebih kuat dalam set kedua dan berjaya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia