Utusan Borneo (Sarawak)

Federer tewas di tangan Basilashvi­l

-

DOHA: Roger Federer mengakui objektif beliau ialah memberi ‘100 peratus’ usaha dalam perlawanan Wimbledon selepas juara 20 kali Grand Slam itu menampilka­n kemenangan apabila kembali di Doha pada Khamis setelah berehat 13 bulan akibat kecederaan.

Pemain 39 tahun itu membazirka­n satu perlawanan apabila ditewaskan semasa Terbuka Qatar oleh Nikoloz Basilashvi­l dalam perlawanan pertamanya, sejak kalah di tangan Novak Djokovic dalam perlawanan suku akhir Terbuka Australia pada Januari 2020.

Federer, menjalani dua pembedahan lutut musim lepas, memenangi set pertama menentang Basilashvi­li namun kalah dalam suku akhir 3-6, 6-1, 7-5.

Ini merupakan perlawanan kedua beliau sejak kembali dan perlu mara tiga set lagi untuk bertemu Dan Evans pada Rabu.

“Mungkin saya lebih baik pada permulaann­ya, itu sebuah bonus dan bermaksud saya akan memberi 100 peratus sebelum Wimbledon,”

“Saya akan lihat dahulu beban yang boleh ditangani badan dan lutut saya. Persediaan yang terbaik buat saya untuk sepanjang musim ini ialah musim permainan di gelanggang rumput.”

Federer telah merangkul juara dalam lapan daripada 20 perlawanan­nya di Wimbledon.

Beliau juga berkata bahawa beliau belum memutuskan untuk menyertai mana-mana perlawanan sebelum Wimbledon mahupun Olimpik Tokyo tetapi ada menyebut kemungkina­n untuk berada di Roland Garros.

“Sebelum gelanggang rumput ialah gelanggang tanah. Jadi saya harus pada mulanya bermain di gelanggang tanah sebelum mara ke peringkat seterusnya,” tambah beliau.

Namun demikian, Federer juga memberi kesangsian sama ada beliau akan bermain di Dubai minggu hadapan.

 ?? — Gambar AFP ?? AKUR: Aksi Federer semasa menentang Basilashvi­li pada Terbuka Qatar di Doha.
— Gambar AFP AKUR: Aksi Federer semasa menentang Basilashvi­li pada Terbuka Qatar di Doha.
 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Basilashvi­li meraikan kejayaanny­a.
— Gambar AFP HEBAT: Basilashvi­li meraikan kejayaanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia