Utusan Borneo (Sarawak)

MMA Malaysia susun strategi kutip pingat tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Sukan seni bela diri campuran (MMA) Malaysia akan berusaha melakar kejayaan melalui strategi yang disusun dalam memperkuku­hkan sukan itu, tahun depan.

Bagi mencapai matlamat itu, Presiden Persatuan Seni Bela Diri Campuran Malaysia (MASMMAA) Rashid Salleh berkata persatuan akan memberi tumpuan khusus dalam pembanguna­n di peringkat akar umbi dan atlet arena amatur MMA serta mengalakka­n penyertaan wanita dalam sukan seni bela diri itu.

“Tiada acara besar yang disusun tahun ini kerana kita merancang untuk bergabung dan mengatur suatu program pada tahun 2022. Sebaik rentas negeri dibenarkan, kita akan meneruskan usaha untuk memajukan aspek kejurulati­han tempatan MMA.

“Ini akan menjadi sebahagian daripada usaha kami selain mengundang Pengarah Pembanguna­n Persekutua­n Seni Bela Diri Campuran Antarabang­sa (IMMAF) Andrew

Moshanov untuk mengendali­kan kursus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dalam arena amatur MMA, atlet kebangsaan seperti Colleen Augustin dan Theeban Govindasam­yle akan menjadi antara fokus utama persatuan kerana kedua-dua atlet ini mempunyai peluang meraih pingat.

“Dalam arena profesiona­l MMA, atlet ONE Championsh­ip seperti Agilan Thani, Jihin Radzuan dan Keanu Subba, semuanya semakin popular di peringkat antarabang­sa. Ketiga-tiga mereka beraksi di Singapura tahun lepas meskipun berdepan pandemik COVID-19,” kata Rashid.

Sementara itu, Presiden ONE Championsh­ip Group Teh Hua Fung mengakui potensi Malaysia dalam pengembang­an atlet profesiona­l MMA dan melahirkan harapan masa depan yang kompetitif untuk sukan itu di negara ini.

“Sejak beberapa tahun ini, ONE Championsh­ip telah menganjurk­an pelbagai acara di Malaysia dan kita mempunyai ramai bakat MMA yang hebat dari Malaysia seperti Agilan, Jihin dan Keanu. Setelah tiada lagi sekatan perjalanan, pastinya kejohanan ini akan kembali ke Malaysia.”

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR HIASAN: Seorang atlet MMA berlatih dengan jurulatihn­ya di Shanghai.
— Gambar AFP GAMBAR HIASAN: Seorang atlet MMA berlatih dengan jurulatihn­ya di Shanghai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia