Utusan Borneo (Sarawak)

VERSTAPPEN MENONJOL

Mendahului juara dunia Hamilton yang mengalami kesukaran dengan ribut pasir pada hari pertama pra-musim F1 di Bahrain

-

SAKHIR: Max Verstappen menempa nama mendahului juara dunia pada hari pertama pra-musim dalam cubaan F1 di Bahrain pada Jumaat manakala Lewis Hamilton menghadapi kesukaran dengan ribut pasir yang melanda seluruh litar Bahrain.

Verstappen, yang sudah lama dijangka akan menggantik­an tempat tujuh kali juara dunia Hamilton, mencatat masa terbaik 1min 30.674 saat dalam pasukan Red Bull.

Pelumba kelahiran Belanda itu juga melengkapk­an sebanyak 139 pusingan.

“Kami hadapi hari ini dengan positif dan berjaya menamatkan 139 pusingan sungguhpun keadaan di litar agak sukar,” ulas Verstappen yang meraih tempat ketiga dalam kejuaraan tahun lepas.

“Kita tidak perlu berbual tentang rentak perlumbaan sehingga kita tiba di pusingan pertama Q3.”

Sebagai perbezaan, Hamilton berada di nombor 10 terpantas dengan 1:32.912 manakala Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes ialah yang terakhir dengan masa 1:36.850.

Bottas, ranking kedua tahun lalu, juga tamat di belakang pelumba amatur

“Kami hadapi hari ini dengan positif dan berjaya menamatkan 139 pusingan

” sungguhpun keadaan di litar sukar.

Max Verstappen Pelumba pasukan Red Bull

Nikita Mazepin dan Mick Schumacher.

“Ia bukanlah permulaan yang memberangs­angkan. Kami mengalami masalah kotak gear dan belum dapat mengenal pasti puncanya,” kata ketua pasukan Mercedes Toto Wolff.

Musim ini akan bermula pada 28 Mac di Bahrain.

Hamilton mengetepik­an hari yang mengecewak­an itu dan berkata, “Saya tidak pernah mengalami ribut pasir sepanjang saya berlumba di litar ini.”

“Pasir itu bergerak seperti hujan. Pasir pada tayar tidak elok untuk jangka hayat mereka dan sukar untuk mendapat konsistens­i untuk jangka masa panjang.”

“Kamib cuma ada sehari dan setengah lagi untuk latihan sebelum perlawanan pertama. Saya yakin dengan sembilan tahun pengalaman dan kehadiran pasukan ini akan membantu saya mengharung­inya dengan terbaik.”

Pelumba ketiga terbaik pada Jumaat merupakan Lando Norris dari McLaren dengan masa 1:30.889 diikuti Esteban Ocon mencatat 1:31.146 daripada 129 pusingan untuk Alpine. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DERUMAN ENJIN: Jentera dari pasukan masing-masing yang menyertai perlumbaan berbaris di atas litar.
— Gambar AFP DERUMAN ENJIN: Jentera dari pasukan masing-masing yang menyertai perlumbaan berbaris di atas litar.
 ?? — Gambar AFP ?? BERSEDIA: Para pelumba Formula 1 berkumpul untuk sesi penggambar­an sebelum memulakan perlumbaan pada hari pertama pra-musim Formula 1 di Litar Antarabang­sa Bahrain.
— Gambar AFP BERSEDIA: Para pelumba Formula 1 berkumpul untuk sesi penggambar­an sebelum memulakan perlumbaan pada hari pertama pra-musim Formula 1 di Litar Antarabang­sa Bahrain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia