Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja tidak kisah hanyir ikan, bantu ayah cari rezeki

Mohd Erwan bangun seawal jam 5 pagi untuk bantu ayahnya di gerai menjual ikan di Bangunan Tamu Limbang

- Oleh Mastura Ismail

Memang ada orang yang tak suka bau hanyir ikan, tapi saya tak kisah... ini minat saya sejak kecil. Malah, saya gembira dapat membantu ayah saya

” berniaga di sini.

Mohd Erwan Ibrahim

LIMBANG: Tatkala ramai remaja sebayanya lebih banyak menghabisk­an masa menghadap gajet, Mohd Erwan Ibrahim, 14, pula lebih gemar ‘bermain’ dengan hanyir ikan sejak berusia 12 tahun.

Mohd Erwan, dari Kampung Seberang Kedai yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang, merupakan peniaga ikan paling muda di pasar ikan, Bangunan Tamu Limbang.

Bangun seawal jam 5 pagi dan turun berniaga ikan jam 6 pagi semasa cuti sekolah ini merupakan rutin hariannya demi membantu ayahnya yang juga seorang peniaga ikan dan nelayan untuk mencari rezeki buat keluarga.

Selain pandai mencuri hati pelanggan dengan telatahnya yang mesra, beliau juga mempunyai kemahiran menyiang ikan sama ada ikan bersaiz besar mahupun kecil.

“Memang ada orang yang tak suka bau hanyir ikan, tapi

Peniaga ikan saya tak kisah... ini minat saya sejak kecil.

“Malah, saya gembira dapat membantu ayah saya berniaga di sini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Dengan upah RM25 sehari daripada ayahnya, Mohd Erwan berkata cuti sekolah yang panjang banyak dihabiskan untuk membantu ayahnya berniaga ikan.

“Kadang-kadang kalau tiada bekalan ikan, saya juga akan turun ke laut menangkap ikan bersama ayah.

“Paling seronok kalau dapat tangkap ikan sendiri dan jual ikan yang ditangkap... memang satu kepuasan,” kongsinya.

Jelasnya meskipun bertubuh kecil, beliau pernah ‘menundukka­n’ ikan pari seberat 75 kilogram bersama ayahnya ketika turun ke laut dua tahun lalu.

Anak bongsu daripada dua adik-beradik ini berkata, beliau mewarisi bakat ayahnya sebagai nelayan dan penjual ikan berbanding abangnya, 17, yang mempunyai hobi dan minat berbeza.

Ketika ayahnya sibuk memotong keropok udang untuk mencari pendapatan sampingan di rumah, tugas mengurus gerai ikan digalasnya tanpa sebarang rasa kekok dari jam 6 pagi hingga 2 petang setiap hari.

“Selain membantu ayah untuk mencari rezeki, saya seronok turun berniaga kerana bukan sahaja dapat melihat kerenah orang, tetapi juga mempunyai ramai rakan baharu,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, suasana berniaga di pasar ikan,

Bangunan Tamu Limbang sentiasa meriah dan diceriakan dengan gurauan para peniaga yang kebanyakan­nya lebih dewasa.

“Mereka memang kuat mengusik, memandangk­an saya paling muda di sini, tapi saya tidak kecil hati.

“Kebanyakan mereka yang berpengala­man juga akan membimbing saya dari segi cara menyiang ikan dan cara menjual ikan... kami seperti sebuah keluarga besar,” katanya lagi.

Jelasnya, meskipun sesi persekolah­an bagi sekolah menengah akan bermula April nanti, beliau akan tetap meluangkan masa terutama pada hujung minggu untuk ‘bermain’ hanyir ikan di Bangunan Tamu Limbang.

 ??  ?? PANDAI: Mohd Erwan menyiang ikan
‘basong’ di pasar ikan, Bangunan BANTU KELUARGA: Mohd Erwan bersama udang hasil tangkapan sendiri dan ikan yang Tamu Limbang semalam. dijual di gerainya.
PANDAI: Mohd Erwan menyiang ikan ‘basong’ di pasar ikan, Bangunan BANTU KELUARGA: Mohd Erwan bersama udang hasil tangkapan sendiri dan ikan yang Tamu Limbang semalam. dijual di gerainya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia