Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas presiden Bolivia Anez dakwa bakal ditahan atas tuduhan rampasan kuasa

-

LA PAZ: Bekas presiden Bolivia Jeanine Anez kelmarin berkata beliau dan beberapa bekas menteri sedang berdepan dengan penahanan atas tuduhan keganasan dan hasutan berkaitan dengan satu rampasan kuasa terhadap bekas ketua Evo Morales.

Anez menyatakan dalam ciapan satu arahan tangkapan yang menurutnya dikeluarka­n oleh pengarah awam Alcides Mejillones, dengan respons: “Penindasan politik telah bermula.”

Anez, seorang bekas senator, mengambil alih sebagai presiden selepas Morales meninggalk­an Bolivia pada November 2019, telah kehilangan sokongan daripada pasukan tentera ketika protes ganas terhadap pelantikan semulanya bagi penggal keempat yang tidak dibenarkan oleh perlembaga­an.

Morales kembali dari buangan pada November tahun lepas, dan mengambil alih kepimpinan dalam parti pemerintah Movement for Socialism (MAS) yang diasaskan oleh beliau.

Pada bulan lepas, kongres Bolivia yang didominasi oleh sosialis mengundi untuk memberikan pengampuna­n kepada mereka yang didakwa ketika pemerintah­an presiden konservati­f Anez bagi tindakan keganasan ketika ketegangan yang berlaku selepas peletakan jawatan oleh Morales pada 2019.

Kongres Bolivia telah didominasi oleh MAS, yang mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum pada Oktober 2020 yang menyaksika­n Luis Arce dari parti tersebut memenangi jawatan presiden.

Anggota parti MAS Lidia Patty mendakwa pada Disember bahawa Anez, beberapa bekas menterinya, bekas anggota tentera dan polis serta beberapa orang lagi merancang pengguling­an Morales, yang telah memegang kuasa selama 14 tahun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISASAR: Gambar fail menunjukka­n Anez (tengah) diiringi pengawal peribadi ketika tiba di istana presiden Quemado di La Paz pada 21 November, 2019.
— Gambar AFP DISASAR: Gambar fail menunjukka­n Anez (tengah) diiringi pengawal peribadi ketika tiba di istana presiden Quemado di La Paz pada 21 November, 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia