Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan taman rekreasi mini baharu dirancang dibina di kawasan Senadin

-

MIRI: Sebanyak sembilan taman rekreasi mini baharu dirancang dibina di pelbagai kawasan perumahan di bawah kawasan Senadin tahun ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melaksanak­an projek-projek yang dibiayai di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Tahun lalu, sebanyak enam taman rekreasi mini telah dibina untuk kawasan pilihan raya saya. Untuk tahun ini, sembilan taman rekreasi mini baharu akan dilaksanak­an di pelbagai kawasan perumahan di daerah Senadin,” katanya kepada media setelah melakukan lawatan ke tiga projek taman rekreasi mini di daerah Senadin, semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin memberitah­u, objektif utama usaha menyediaka­n kemudahan rekreasi seperti itu di kawasan perumahan adalah untuk mendorong pendudukny­a mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Dengan adanya taman rekreasi mini ini, maka anakanak di kawasan ini akan mempunyai tempat yang sesuai dan selamat untuk melakukan aktiviti rekreasi,” katanya.

Lee berkata selain untuk tujuan latihan, taman itu juga berfungsi sebagai tempat terbaik untuk meningkatk­an semangat kejiranan yang ada dalam kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan.

“Selain kemudahan asas seperti taman permainan dan trek joging, kami akan meningkatk­an kemudahan di taman mini dengan peralatan kecergasan luar yang disediakan.

“Ini adalah salah satu cara untuk mendorong masyarakat memanfaatk­an sepenuhnya taman rekreasi mini dengan mempraktik­kan gaya hidup sihat,” tambahnya.

Pada saat yang sama, ia mengingatk­an MBM tentang perlunya mereka terus memberikan komitmen dalam menjaga taman rekreasi mini di kawasan perumahan.

Terdahulu Lee telah memeriksa kerja projek taman rekreasi mini berharga RM100,000 yang terletak di Lorong Desa Senadin 2D.

Taman rekreasi mini yang siap dibina baru-baru ini dilaksanak­an berdasarka­n peruntukan RTP tahun lalu.

Beliau juga pergi mengunjung­i dua taman rekreasi mini di Senadin yang masing-masingnya terletak di Promin Jaya 2 dan Jalan Maigold.

Lee memberitah­u dana tambahan akan diberikan untuk menyediaka­n kemudahan rekreasi di dua taman mini tersebut.

Beliau turut diringi beberapa ahli Majlis dan beberapa pegawai bahagian landskap MBM.

 ??  ?? CUBA: Lee mencuba salah satu kemudahan rekreasi untuk kanakkanak di taman yang terletak di Lorong Senadin 2D, Miri.
CUBA: Lee mencuba salah satu kemudahan rekreasi untuk kanakkanak di taman yang terletak di Lorong Senadin 2D, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia