Utusan Borneo (Sarawak)

TUGAS MENCABAR

Beberapa faktor menyukarka­n penguatkua­saan, namun polis yakin dapat kawal PKPD di Kg Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah.

- Oleh Jeremy Lanson

Penugasan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Bintawa Tengah dan Bintawa Ulu disifatkan sebagai mencabar.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, faktor muka bumi dan kedudukan rumah yang rapat sedikit sebanyak menyukarka­n pergerakan penguatkua­saan.

Bagaimanap­un, beliau memberitah­u pihaknya tetap akan berusaha untuk memastikan pelaksanaa­n PKPD di kedua-dua kampung tersebut yang bermula semalam sehingga 30 Mac ini berjalan lancar.

“Persediaan agak mencabar disebabkan bentuk muka buminya, kedudukan rumah yang rapat serta banyak lorong yang dipercayai boleh digunakan sebagai laluan keluar masuk ke kampung tersebut.

“Sungguhpun begitu, kita yakin boleh mengawal keadaan ini.

“Bermula malam tadi (Isnin) juga, tiada penduduk kampung dibenarkan keluar dan orang luar juga tidak dibenarkan masuk sehingga tamat PKPD ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa memantau PKPD tersebut semalam.

Menurutnya, tiga sekatan jalan raya dibuat di Kampung Bintawa Tengah dan Bintawa Ulu bagi mengawal pergerakan keluar masuk ke kampung tersebut.

“Seramai 72 anggota termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan bertugas di sekatan jalan raya tersebut,” katanya.

Tiga sekatan jalan raya tersebut adalah di laluan dari bawah Jambatan Tun Salahuddin dan dua lagi di jalan dan lorong dari Kampung Pulo Hilir ke Bintawa.

Tegas Awang Din, selain kawalan di sekatan jalan raya, pihaknya juga akan membuat kawalan atau rondaan di beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk keluar masuk ke kampung tersebut.

Difahamkan, kedua-dua kampung tersebut mempunyai 4,915 penduduk termasuk kanak-kanak serta warga emas merangkumi 790 rumah.

“Justeru kita harap, penduduk kampung dapat memberi kerjasama dan bersabar sepanjang tempoh PKPD ini,” katanya.

Kelmarin, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengumumka­n pelaksanaa­n PKPD di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah susulan peningkat kes positif COVID-19.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibantu agensi lain akan melakukan ujian saringan COVID-19 secara bersasar kepada semua penduduk kampung.

Selain itu, terdapat juga klinik sementara dibuka setiap Isnin hingga Jumaat oleh kakitangan dari Klinik Kesihatan Tanah Puteh di kampung tersebut.

Manakala, pengagihan bantuan bekalan makanan akan diselarask­an secara bersama oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Kuching.

Sementara itu, Pengerusi JPBNS Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut meluangkan masa bersama membuat pemantauan pelaksanaa­n PKPD di kampung tersebut, semalam.

Beliau yang ditemui pemberita memohon agar semua penduduk kampung memberi kerjasama.

“Semua kita nak sihat, penduduk kampung sini juga nak sihat, jadi beri kerjasama dengan petugas-petugas di sini,” ujarnya.

 ??  ?? PADAT: Pemandanga­n dari udara menunjukka­n Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah.
PADAT: Pemandanga­n dari udara menunjukka­n Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah.
 ??  ?? KEKANG: Anggota yang bertugas di sekatan jalan raya tersebut bagi melaksanak­an PKPD di Kampung
Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah.
KEKANG: Anggota yang bertugas di sekatan jalan raya tersebut bagi melaksanak­an PKPD di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah.
 ??  ?? SANTUNI: Anggota yang bertugas di sekatan jalan raya menerima sumbangan
daripada pihak Baitulmal.
SANTUNI: Anggota yang bertugas di sekatan jalan raya menerima sumbangan daripada pihak Baitulmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia