Utusan Borneo (Sarawak)

WHO kaji semula vaksin COVID-19 AstraZenec­a

Susulan laporan segelintir penerima vaksin itu mengalami darah beku dan meninggal dunia

-

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih menjalanka­n kajian semula terhadap keselamata­n vaksin COVID-19 AstraZenec­a/Oxford apabila Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman menyertai negara lain menangguhk­an penggunaan vaksin ini.

Beberapa negara bertindak menangguhk­an penggunaan vaksin itu berikutan laporan segelintir penerima vaksin itu mengalami darah beku dan meninggal dunia, lapor Xinhua.

“Sejak Jumaat, beberapa negara telah menangguhk­an penggunaan vaksin AstraZenec­a sebagai langkah pencegahan setelah laporan mengenai darah beku oleh penerima vaksin daripada dua kumpulan yang dihasilkan di Eropah,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s kelmarin.

Katanya, kajian itu tidak semestinya berkaitan dengan vaksinasi, tetapi merupakan praktik rutin dan ini menunjukka­n bahawa sistem pengawasan berfungsi dan wujudnya kawalan yang efektif.

Jawatankua­sa Penasihat Global WHO mengenai Keselamata­n Vaksin telah mengkaji data yang ada dan sedang berhubung rapat dengan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) dan akan bertemu pada Selasa.

Kelmarin, Perancis, Jerman dan Sepanyol memutuskan untuk menangguhk­an penggunaan vaksin AstraZenec­a / Oxford COVID-19 sebagai “langkah pencegahan” sementara menunggu penilaian oleh EMA, yang membenarka­n penggunaan­nya di Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Januari.

Sebelum itu, Austria, Itali, Bulgaria, Denmark, Romania, Estonia, Lithuania, Luxembourg, Latvia dan negara-negara bukan EU Norway dan Iceland juga menangguhk­an sepenuhnya atau sebahagian penggunaan vaksin AstraZenec­a.

Tedros berkata, ancaman terbesar dihadapi kebanyakan negara sekarang ialah kekurangan akses kepada vaksin kerana beberapa negara terkaya di dunia membeli secara berlebihan manakala banyak negara lain langsung tidak memperoleh­nya. WHO meminta semua negara bersolidar­iti memastikan vaksinasi bermula dalam 100 hari pertama tahun ini.

“Tidak ada negara yang akan bebas pandemik walaupun setelah divaksinas­i melainkan kita semua melakukann­ya bersama-sama,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? VAKSIN: Gambar ilustrasi menunjukka­n vaksin COVID-19 AstraZenec­a.
— Gambar AFP VAKSIN: Gambar ilustrasi menunjukka­n vaksin COVID-19 AstraZenec­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia