Utusan Borneo (Sarawak)

Penggiat seni kreatif digesa bijak ambil peluang

-

PENGGIAT seni dan industri kreatif tanah air perlu bijak mengambil peluang menerusi bantuan yang telah disediakan kerajaan untuk terus berkarya dan menghasilk­an produk kreatif walaupun negara sedang berhadapan cabaran COVID-19.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid berkata bantuan itu bukan sahaja dapat memastikan kelangsung­an pemain industri itu, malah menjamin masa hadapan produk kreatif negara.

Katanya, sebagai langkah drastik membantu industri itu menghadapi impak COVID-19 kerajaan telah memperkena­lkan inisiatif Dana Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana) dan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).

“Pelaksana yang dilancarka­n pada

Julai tahun lepas telah membantu memperkasa­kan semula industri kreatif yang terjejas akibat COVID-19.

“Terbaharu, Prisma telah dilancarka­n yang merupakan inisiatif jangka pendek bertujuan memastikan kelangsung­an dan kelestaria­n para penggiat industri kreatif negara dalam mendepani pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ‘The Puppet Master Trilogy’ di Alor Setar, Kedah malam kelmarin.

Pelancaran majlis itu disempurna­kan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan turut dihadiri Ketua Pegawai

Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Zakaria berkata keduadua inisiatif itu juga adalah keprihatin­an kerajaan yang bukan sahaja akan memanfaatk­an penggiat seni semata-mata, malah turut membantu mereka yang bekerja di belakang tabir.

Sementara itu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya berkata, pelancaran filem itu amat signifikan dengan usaha kerajaan negeri untuk menggerakk­an ekonomi dalam pelbagai bidang termasuk perfileman, seni dan budaya terutama dalam situasi semasa ketika negara masih berperang dengan pandemik COVID-19.

“Kita juga berharap ini akan menjadi bukti nyata bahawa Kedah dalam era baharu ini berada di hadapan dalam usahausaha menggiatka­n seni dan budaya yang tidak bertentang­an dengan hukum syarak dan norma masyarakat kita,” katanya.

Filem ‘The Puppet Master Trilogy’ diilhamkan daripada kisah benar mengenai Tok Dalang Wayang Kulit tersohor di negeri ini pada era 70-an dan 80-an iaitu Mat Lebai

Lateh atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Khedheng yang telah mengangkat asas budaya masyarakat Kedah iaitu Wayang Kulit Kedah dan Manora Siam Kedah.

Filem yang akan memulakan penggambar­an pada 29 Mac ini di beberapa lokasi di negeri Kedah diarahkan oleh Imran Ismail dan menampilka­n barisan pelakon seperti Wilma Muhammad dan Wan

Hanafi Su.

— Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN FILEM ‘THE PUPPET MASTER TRILOGY’: Pengarah filem ‘The Puppet Master Trilogy’, Imran Ismail (tengah) mengangkat tangan ketika memperkena­lkan barisan pelakon pada majlis pelancaran filem itu yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid di Dewan Sri Mentaloon malam kelmarin. Filem ‘The Puppet Master Trilogy’ yang akan memulakan penggambar­an pada 29 Mac ini, menampilka­n barisan pelakon seperti Wilma Muhammad dan Wan Hanafi Su.
— Gambar Bernama PELANCARAN FILEM ‘THE PUPPET MASTER TRILOGY’: Pengarah filem ‘The Puppet Master Trilogy’, Imran Ismail (tengah) mengangkat tangan ketika memperkena­lkan barisan pelakon pada majlis pelancaran filem itu yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid di Dewan Sri Mentaloon malam kelmarin. Filem ‘The Puppet Master Trilogy’ yang akan memulakan penggambar­an pada 29 Mac ini, menampilka­n barisan pelakon seperti Wilma Muhammad dan Wan Hanafi Su.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia