Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK BERDEPAN CABARAN BESAR TANGANI COVID-19 • MUKA 3

JPBNS berjaya menggalas tugas dengan baik dalam menangani pandemik COVID-19: KM

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sarawak berdepan cabaran besar menangani pandemik COVID19 selepas genap setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenal­kan untuk menangani virus itu di negara ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanap­un Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berjaya menggalas tugas dengan baik.

“COVID-19 merupakan satu cabaran besar dihadapi di

Malaysia dan Sarawak. Kita mengucapka­n tahniah kepada JPBNS kerana menjalanka­n tugas dengan baik.

“Kita juga bersyukur kerana mempunyai kuasa autonomi yang membolehka­n Sarawak melaksanak­an dan membuat keputusan PKP, PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan),”

COVID-19 merupakan satu cabaran besar dihadapi di Malaysia dan Sarawak. Kita mengucapka­n tahniah kepada JPBNS kerana menjalanka­n tugas

” dengan baik.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

katanya pada sidang media sempena lawatannya ke Limbang semalam.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah,

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan kenamaan lain.

Abang Johari menjelaska­n hari ini angka jangkitan COVID-19 masih dalam keadaan membimbang­kan dengan angka tiga digit untuk kes jangkitan baharu.

“Kita minta kerjasama orang ramai bersama menangani penularan virus ini lebih mirip kepada jangkitan komuniti,” katanya.

Jelasnya, di Sibu Jaya misalnya bangunan flat yang disewa menyebabka­n masyarakat menyewa berulang-alik dan membawa virus terbabit.

“Justeru, kita minta komuniti memberi kerjasama, berdisipli­n sikit dan saya bersama rakan-rakan lain memang memberi perhatian untuk menangani virus ini.

“Walaupun ada vaksin, kita perlu hidup mengikut norma baharu dan vaksin ini diteruskan malah Sarawak tidak ada masalah dari segi vaksinasi, yang penting kita jaga kita,” jelasnya.

Abang Johari turut mengadakan lawatan ke tapak Projek Jambatan Sungai Limbang/ Sungai Bunut 2, Loji Rawatan Air Berawan dan Rumah Rehat Kerajaan mendengar taklimat pembanguna­n projek kerajaan di Limbang.

 ??  ??
 ??  ?? MERCU TANDA: Abang Johari (tiga kiri) bersama Paulus (kiri), Hasbi, Awang Tengah, Dr Abdul Rahman, Denney dan kenamaan lain di projek jejantas tiga laluan di Limbang semalam.
MERCU TANDA: Abang Johari (tiga kiri) bersama Paulus (kiri), Hasbi, Awang Tengah, Dr Abdul Rahman, Denney dan kenamaan lain di projek jejantas tiga laluan di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia