Utusan Borneo (Sarawak)

SKUAD PIALA BELIA SARAWAK UNITED FC III MULA MENJALANI LATIHAN

-

MIRI: Skuad Piala Belia Sarawak 2021 memulakan sesi latihan dan pemilihan setiap hari bermula 9 Mac lalu sehingga menyingkap­nya tirai kempen Piala Belia 2021 pada awal Jun depan.

Pengurusny­a, Nazri Ahmad Lai berkata gandingan dua jurulatih berpengala­man dalam pemilihan pemain-pemain sudah pasti menjanjika­n sesuatu kejutan bagi skuad muda itu musim ini.

“Saya yakin dengan gandingan dua jurulatih berpengala­man iaitu Pengiran Bala dan Mohd Hakimi Man, skuad belia kali ini lebih mantap dari segi persediaan mental dan fizikal serta gandingan pemain-pemain senior dan baharu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Nazri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri menjelaska­n semua jurulatih dan pemain sudah menjalani latihan intensif setiap hari sejak 9 Mac lalu.

“Pemain-pemain sudah melepasi sesi pemilihan fasa dua dan sedang menjalani latihan bersama jurulatih setiap hari.

“Kemungkina­n kita akan memuktamad­kan senarai 26 pemain pada 2 April depan sekali gus mereka berlatih dan mewakili skuad Sarawak United FC III pada kempen Piala Belia 2021,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Jawatankua­sa Pengurusan

Bencana Bahagian Miri bagi pemohonan penggunaan padang latihan.

“Kita bersyukur pemohonan untuk menggunaka­n padang telah diluluskan dan kita menggunaka­n Padang KRP Lutong dan IKBN Permyjaya sebagai tempat pusat latihan,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran pasukan itu musim ini, Nazri berkata pihaknya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi tetapi menyasarka­n melepasi pusingan kedua.

 ??  ??
 ??  ?? SESI LATIHAN: Hakimi memantau sesi latihan bersama pemain-pemain bakal menyarung jersi Sarawak United FC III di Padang KRP Lutong, Miri kelmarin.
SESI LATIHAN: Hakimi memantau sesi latihan bersama pemain-pemain bakal menyarung jersi Sarawak United FC III di Padang KRP Lutong, Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia