Utusan Borneo (Sarawak)

Tukang urut Thailand didenda, terlibat aktiviti pelacuran

-

KUCHING: Seorang tukang urut dari Thailand berusia 51 tahun didenda RM3,500 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Pakprasert­pon Jaratsri, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, wanita tersebut didakwa melacurkan diri di sebuah pusat refleksolo­gi terletak di sebuah premis di Jalan Wan Alwi di sini, pada 3 September 2020, kira-kira jam 4.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau dengan denda atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan. Berdasarka­n fakta kes, tertuduh ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menjalanka­n operasi pada hari kejadian.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menawarkan perkhidmat­an seks kepada salah seorang pegawai polis yang menyamar sebagai pelanggan dengan bayaran RM150.

Pemeriksaa­n lanjut pihak polis turut mendapati tertuduh mempunyai permit kerja yang sah untuk bekerja di pusat urut tersebut.

Dalam rayuan penguranga­n hukuman, tertuduh menerusi peguamnya Lim Lian Kee memohon agar tidak dikenakan hukuman berat dengan alasan tertuduh mempunyai seorang anak lelaki yang masih belajar untuk ditanggung, justeru menurutnya, tertuduh perlu menghantar wang ke Thailand untuk kegunaan anaknya.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia