Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur asas di utara Sarawak dibangun dengan jalan bertaraf dunia

-

LIMBANG: Infrastruk­tur asas di wilayah utara Sarawak membabitka­n daerah Limbang dan Lawas dibangunka­n dengan jaringan jalan raya bertaraf dunia tanpa menjejaska­n alam sekitar termasuk pembinaan jalan raya berkembar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaa­n kemudahan itu bakal mentransfo­rmasikan pembanguna­n di bahagian ini.

“Kerajaan membangunk­an infrastruk­tur jalan raya bertaraf dunia tanpa menjejaska­n alam sekitar, pembinaan jaringan jalan raya berkembar dan dalam tempoh lima tahun apabila projek ini siap, landskap Limbang dan Lawas berubah,” katanya pada sidang media sempena lawatannya ke Limbang semalam.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan kenamaan lain.

Abang Johari berkata, kerajaan juga merancang membangunk­an kawasan Lapangan Terbang Limbang dengan pembinaan jalan raya akses di kawasan tersebut bakal menjadi daya tarikan untuk Limbang dalam tempoh lima tahun.

“Manakala daerah Lawas mempunyai Jambatan Kuala Lawas dengan reka bentuk seperti jambatan luar negara di London,” katanya.

Beliau berkata, akses ke Gunung Mulu dan Gunung Buda juga dibina dan merupakan cara kerajaan Gabungan Parti Sarawak mengekalka­n landskap pembanguna­n, ekonomi serta membangunk­an jaringan telekomuni­kasi.

Sementara itu, Jambatan Sungai Limbang berlaku kelewatan disiapkan mengikut jadual dengan penubuhan jawatankua­sa bertindak bersama pemaju dan Jabatan

Kerja Raya (JKR) menangani kelewatan dengan formula masalah itu.

“Dua kontraktor dilantik untuk membina jalan menuju ke jambatan dan pembinaan jambatan utama itu sendiri.

“Jambatan Sungai Limbang akan siap mengikut jadual dengan penyelesai­an yang proaktif,” jelasnya.

Bagi projek menaik taraf Loji Rawatan Air Berawan, ia mampu menampung keperluan bekalan air di sini dengan kapasiti 40 juta liter sehari (MLD) berbanding 20 juta MLD masa kini.

“Projek hampir siap itu mencapai 100 peratus capaian air ke kawasan Medamit dan seluruh Limbang selain menangani masalah gangguan bekalan air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia