Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud pertambaha­n kenderaan dari Kota Kinabalu ke Kundasang

- Oleh Amir Anuar

RANAU: Polis mengesahka­n wujud trend pertambaha­n kenderaan dari Kota Kinabalu ke Kundasang semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Sammy Newton berkata, pertambaha­n itu mungkin berlaku disebabkan Kundasang adalah destinasi percutian popular di negeri ini.

“Memang berlaku pertambaha­n kenderaan khususnya pada hujung minggu melibatkan pelancong-pelancong tempatan,” katanya, ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini, semalam.

Sammy berkata, polis turut mengambil pendekatan­pendekatan perlu termasukla­h mengadakan rondaan di laluan strategik yang berpotensi untuk berlakunya kesesakan.

“Perhatian juga diberikan terhadap pergerakan keluar masuk kenderaan kerana kawasan kita terletak di laluan utama antara pantai barat dan pantai utara dengan pantai timur.

“Setakat ini, pemantauan aliran trafik keluar-masuk yang dijalankan khususnya sepanjang tempoh dua minggu lepas mendapati tidak berlaku sebarang kesesakan jalan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemantauan turut dijalankan di premis-premis tumpuan pelancong seperti hotel, resort, chalet, homestay dan Kg Stay di Kundasang serta Ranau.

Hasil pemantauan juga mendapati semua pengusaha dan pengendali pusat-pusat tumpuan pelancong terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang ditetapkan.

“Semua pengusaha dan pengendali terlibat dinasihatk­an supaya sentiasa mematuhi SOP kerana kita melakukan pemantauan 24 jam khususnya di kawasan tumpuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia