Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan tingkat keselesaan, penambahba­ikan di lokasi tapak warisan diteliti: Abdul Karim

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan melihat kepada beberapa cadangan untuk keselesaan serta penambahba­ikan di lokasi tapak warisan dalam bandar raya Kuching untuk pengunjung tempatan atau pelancong luar.

Demikian kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sambil menambah, pihaknya turut melihat kemungkina­n menyediaka­n lebuh pejalan kaki.

“Lebuh ini kita khaskan untuk pelancong dan pengunjung­gunakandan­tidak akan ada kenderaan yang akan melalui kawasan itu kecuali lori yang membawa muatan barang untuk menurunkan barang ke kedai-kedai pada satu-satu masa yang terhad.

“Ia sebagaiman­a yang terdapat di Chinatown di Singapura, George Town di Pulau Pinang dan Jonker Walk di Melaka, jarak perjalanan juga tidak begitu jauh,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Buku dan Video Kuching Old Bazaar: Program Pemetaan Budaya dan Promosi Pelanconga­n di sini semalam

Pihaknya juga akan melihat kepada cadangan menyediaka­n bangunan warisan yang tidak pernah diubah suai agar lebih mesra kepada pengguna orang kurang upaya (OKU) dan warga tua.

Abdul Karim turut menegaskan bahawa pihaknya juga melihat kepada penubuhan jawatankua­sa atau sebuah agensi untuk menjaga kebajikan atau menguruska­n kewangan perniagaan senja seperi bot penambang di sini.

“Pengusaha sampan atau penambang yang merupakan industri senja biasanya dikendalik­an orang tua dan jika ia dikendalik­an secara bersendiri­an, warisan itu akan hilang.

“Adalah lebih baik jika ada agensi yang dapat menjaga sebagaiman­a yang dilakukan kepada pengusaha feri di negeri ini. Pihak kita akan melihat kepada perkara ini,” tegasnya.

Sementara itu menyentuh mengenai Kuching Old Bazaar: Program Pemetaan Budaya dan Promosi Pelanconga­n beliau katanya, mahu usaha yang sama dipanjangk­an ke Lebuh India serta sepanjang Jalan Padungan.

Katanya pengekalan warisan yang telah wujud sejak 1800-an itu melibatkan perniagaan komuniti Cina seperti 24 kedai emas dan beberapa premis tukang ayan dan makanan.

Projek Program Pemetaan Budaya dan Promosi Pelanconga­n telah dilaksanak­an Persatuan

Komuniti Pasar Lama Kuching pada 2019 merangkumi buku sejarah tentang kisah hidup orang kebiasaan di Kuching dan empat brosur pelanconga­n, lima promosi video, 40 plak maklumat dengan kod QR, laman web Kuching Old Bazaar dan media sosial.

Awalnya jelas Abdul Karim, Main Bazaar itu di sini dikenali sebagai Jalan Attap (kerana penggunaan nipah pada bangunan), namun pada 1884 terdapat kebakaran yang meranapkan 160 kedai di sepanjang jalan berkenaan.

Rumah-rumah kedai di situ kemudian dibina semula dengan batu bata, struktur yang sama masih berdiri sehingga kini dan nama jalan turut ditukar kepada Carpenter Street untuk mencermink­an banyak bengkel kerja kayu di kawasan itu.

Keselamata­n di kawasan warisan dalam bandar raya Kuching turut dijamin dengan adanya rondaan dan pemantauan berkala yang dijalankan pasukan seragam dan bukan seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Turut hadir bersama beliau adalah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan Pengerusi Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching Kapitan Lim Chuan Chan.

 ??  ?? TERTARIK: Abdul Karim (duduk mencangkun­g) ditemani Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng melihat secara dekat pekerjaan yang diwarisi tukang ayan di Carpenter Street, Kuching semalam.
TERTARIK: Abdul Karim (duduk mencangkun­g) ditemani Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng melihat secara dekat pekerjaan yang diwarisi tukang ayan di Carpenter Street, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia