Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n kawasan Bintangor mendapat perhatian kerajaan

-

BINTANGOR: Pembanguna­n kawasan Bintangor terus mendapat perhatian kerajaan negeri apabila peruntukan berjumlah RM350,000 diluluskan bagi tujuan pembinaan dewan serba guna baharu di Jalan Mahkamah di sini.

Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab berkata, pembinaan dewan di bawah peruntukan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) itu bermula Disember tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini.

“Dengan terbinanya dewanituna­nti,sayaberhar­ap dapat memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan sekitar menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan.

“Ini membuktika­n kerajaan negeri tidak pernah mengabaika­n keperluan penduduk di kawasan luar bandar,” katanya pada sesi penyerahan sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pejabat Daerah Meradong semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin Bong.

Pada majlis tersebut, sebanyak empat NGO menerima sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM12,000.

Beliau juga memberitah­u bahawa kerajaan negeri turut menyalurka­n peruntukan RTP sejumlah RM120,000 bagi tujuan menaik taraf Masjid Tanjung Bundong di sini.

Katanya, kerja menaik taraf masjid tersebut bermula 15 Disember 2020 dan siap 15 Mac 2021.

“Kita berjaya menyiapkan kerja naik taraf masjid itu lebih awal daripada tempoh sepatutnya iaitu pada 14 April 2021,” jelasnya.

Yusuf turut mengumumka­n pemberian sumbangan baucar bernilai RM50 kepada kira-kira 6,677 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di kawasan Tanjung Manis berjumlah RM333,850.

“Saya juga akan mengagihka­npelitupse­paruh muka kepada kira-kira 8,120 pelajar dan guru di semua sekolah di kawasan Tanjung Manis.

“Ini melibatkan kos kirakira RM243,600,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) supaya sentiasa memainkan peranan membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 di daerah tersebut.

Katanya, adalah penting KMKK mengingatk­an penduduk di kawasan mereka supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Yusuf menyampaik­an sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan di Pejabat Daerah Meradong.
SUMBANGAN: Yusuf menyampaik­an sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan di Pejabat Daerah Meradong.
 ??  ?? SOKONGAN: Harden menghadiri Program Suntikan Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman.
SOKONGAN: Harden menghadiri Program Suntikan Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia