Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak terkandas di Kepulauan Solomon tiba

Mereka berlepas jam 9.15 pagi dengan penerbanga­n terus dari Solomon dan tiba di Kuching jam 4.30 petang kelmarin

-

Dengan bantuan Konsulat Malaysia di Honiara, Kepuluan Solomon penerbanga­n terus pesawat milik Solomon Airlines yang disewa khas diurus untuk membawa 68 rakyat Sarawak yang terkandas di negara itu

” sejak pendemik COVID-19.

KUCHING: Seramai 68 rakyat Sarawak yang terkandas di Kepulauan Solomon (SI) selamat tiba di negeri ini kelmarin.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata mereka telah diterbangk­an menggunaka­n penerbanga­n terus dari SI pada Isnin (15 Mac 2021) yang berlepas jam 9.15 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching jam 4.30 petang (waktu Malaysia) pada hari yang sama.

Lee yang membantu menyelaras penerbanga­n pulang 68 rakyat Sarawak itu berkata dalam perjalanan tersebut pesawat Solomon Airlines berhenti di Lapangan Terbang Biak (juga dikenali Lapangan Terbang Frans Kaisiepo) di Biak, Papua, Indonesia untuk mengisi bahan api.

“Dengan bantuan Konsulat Malaysia di Honiara, Kepuluan Solomon penerbanga­n terus pesawat milik Solomon Airlines yang disewa khas diurus untuk membawa 68 rakyat Sarawak yang terkandas di negara itu sejak pendemik COVID-19.

“Mereka telah diterbangk­an dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Honiara ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Lee memberitah­u, 68 rakyat Sarawak yang terkandas di kepulauan itu bekerja di pelbagai syarikat pembalakan dan mahu kembali ke Malaysia kerana kontrak pekerjaan mereka sudah tamat.

“Salah seorang daripada mereka telah menghubung­i saya apabila mereka menghadapi

Datuk Lee Kim Shin

masalah mendapatka­n khidmat penerbanga­n sewaan mendarat di Kuching dan kemasukan mereka ke Sarawak.

“Saya dengan segera meminta Kementeria­n bersama pihak Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia

Menteri Pengangkut­an Sarawak

menyelaras pengesahan Sijil Pengendali­an Udara Asing (FAOC) agar penerbanga­n sewaan dapat terbang terus ke Kuching dari SI,” katanya.

Beliau turut berkoordin­asi dengan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi memastikan kelulusan diberikan kepada semua penumpang ke negeri ini.

“Apabila tiba di LTAK, mereka diarahkan menjalani kuarantin wajib 14 hari di hotel dan melakukan ujian calitan rt-PCR mengikut prosedur operasi standard (SOP) terkini ditetapkan JPBNS,” tambahnya.

 ??  ?? KEMBALI: Seramai 68 rakyat Sarawak yang terkandas di Kepulauan Solomon berbaris sebaik tiba di LTAK menunggu untuk mendapatka­n kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
KEMBALI: Seramai 68 rakyat Sarawak yang terkandas di Kepulauan Solomon berbaris sebaik tiba di LTAK menunggu untuk mendapatka­n kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia