Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh kasar warga Filipina maut dalam perjalanan ke tempat kerja

-

MIRI: Seorang buruh kasar warga Filipina maut dalam kemalangan di KM16, Jalan Kuala Baram Bypass di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali Irrai Pajat Said, 46, dan beralamat di Bandar Baharu Permyjaya di sini.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri dari Bandar Baharu Permyjaya di sini menuju ke tempat kerja sekitar jam 7 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hendak menukar lorong ke kanan namun tidak berjaya disebabkan terdapat kenderaan lain di lorong berkenaan.

“Mangsa kemudianny­a hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Impak kemalangan itu menyebabka­n mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh anggota paramedik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana terlibat dalam aktiviti judi dalam talian.

Mariyuna, 33, mengaku bersalah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas pertuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibacakan terhadapny­a.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi dan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa mengendali­kan mesin perjudian iaitu sebuah telefon pintar pada 11 Februari lalu, lebih kurang jam 4.20 petang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Siol Kandis, di sini.

Antara barangan yang dirampas ialah sebuah telefon pintar, wang tunai berjumlah RM170 dan satu keping keratan dan kertas, disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia