Utusan Borneo (Sarawak)

ACD secara besar-besaran di Kampung Hilir

Ia dilakukan setelah 25 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan terbabit kelmarin

- Oleh Andy Sabang

Pejabat Kesihatan Sibu mula melakukan penelusura­n kontak rumahrumah sekitar kawasan kejadian positif

” semalam.

SIBU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) melakukan pengesanan kes aktif (ACD) secara besar-besaran di Kampung Hilir di sini setelah 25 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan terbabit kelmarin.

Penyelaras JPBBS Dr Annuar Rapaee berkata beliau berbincang tentang perkara itu dengan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun dan ACD kemungkina­n dilakukan hari ini bagi penduduk di kawasan itu setelah mereka menemui lokasi strategik.

“Pejabat Kesihatan Sibu mula melakukan penelusura­n kontak rumah-rumah sekitar kawasan kejadian positif semalam.

“Oleh itu, saya harap semua penduduk Kampung Hilir memberi kerjasama dan tampil disaring kerana ini adalah satu-satunya cara menghentik­an penularan virus,” katanya semasa siaran langsung Facebook malam kelmarin.

Dr Annuar berkata, beliau sangat bimbang kes positif di Kampung Hilir kerana kebanyakan­nya melibatkan mereka yang berumur sekitar 10 dan 11 tahun.

Bagaimanap­un, terdapat juga kes membabitka­n golongan dewasa.

Justeru, beliau mengingatk­an ibu bapa di kawasan itu mengawasi anakanak mereka dan menasihati agar tidak keluar rumah.

“Sejujurnya, keadaan di Kampung Hilir tidak begitu baik dan membimbang­kan kerana rumah-rumah terletak rapat dan padat.

“Namun, saya tidak mengatakan kita perlu melakukan penutupan kawasan itu tetapi penduduk mesti memberi kerjasama kepada ACD kita.

“Sekatan tidak diperlukan sekiranya tidak ada kes baharu yang dilaporkan di daerah ini beberapa hari ini,” katanya.

Dr Annuar Rapaee

Penyelaras JPBBS

Terdahulu, beliau menjelaska­n kes di Kampung Hilir bermula daripada seorang individu dijangkiti di tempat kerja.

“Dia pulang ke rumah dan menjangkit­i semua orang. Ini menunjukka­n virus ini sangat menular,” katanya.

Mengenai isu sama, Dr Annuar berkata Hospital Sibu dan pusat rawatan pesakit kurantin dan berisiko rendah (PKRC) di sini mendaftark­an sejumlah 5,731 pesakit COVID-19 setakat ini.

Katanya, pesakit tersebut dari Kapit, Song dan Kanowit. Daripada jumlah itu, seramai 5,359 atau 93.5 peratus pesakit keluar dari hospital dan PKRC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia