Utusan Borneo (Sarawak)

Chong anggap saman sivil ‘black hole’ penganiaya­an terhadap dirinya

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkatasam­ansivil‘blackhole’ yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak terhadapny­a merupakan penganiaya­an yang ditujukan khusus buatnya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaa­n balas dengan pembantu khasnya, Michael Kong dalam perbicaraa­n kes yang berlangsun­g di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai semalam.

Perbicaraa­n kelmarin diteruskan dengan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu (saksi kedua defendan) untuk memberikan keterangan­nya mengenai kes ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Stampin itu memaklumka­n mahkamah bahawa saman tersebut diajukan dengan niat untuk menghentik­an beliau daripada mengemukak­an soalan mengenai penggunaan sejumlah besar dana awam yang telah diperuntuk­kan kepada Akaun Amanah.

“Pihak kami hanya dimaklumka­n mengenai sejumlah besar wang telah digunakan untuk membayar balik pinjaman diambil oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri namun persoalan mengenai bagaimana syarikat-syarikat ini menggunaka­n hasil pinjaman, projek yang dijalankan oleh syarikatsy­arikat ini tidak tertakluk kepada persetujua­n Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Malah, tidak ada kebertangg­ungjawapan kepada DUN mengenai bagaimana syarikat-syarikat ini menggunaka­n hasil pinjaman tersebut,” jelas beliau.

Tambah beliau, cara dana dikendalik­an iaitu menggunaka­n dana awam untuk membayar balik pinjaman yang diambil oleh syarikat dan pembayaran­nya berasal daripada dana awam adalahcara­untukmengh­indari pengawasan DUN terhadap pengelolaa­n dana tersebut.

“Pendek kata, pengurusan dana awam seperti itu tidak mematuhi prinsip asas kebertangg­ungjawapan dan ketelusan dalam demokrasi berparlime­n,” katanya.

Kong turut menyoal Chong mengenai berapa kali beliau membangkit­kan isu tersebut di DUN dan Chong menjawab beliau berbuat demikian sebanyak enam kali, membabitka­n tahun 2004, 2007 dan 2012.

Sungguhpun demikian menurut Chong, beliau masih tidak mendapat jawapan serta identiti agensi diluluskan yang menerima wang daripada Akaun Amanah.

Dalam pada itu, Chong semasa pemeriksaa­n balas menjelaska­n bahawa pengedaran risalah dan sidang media bukanlah bertujuan memalukan pihak plaintif, ia sebaliknya supaya plaintif menjawab kepada orang ramai berhubung pengurusan dana awam.

Rakyat Sarawak katanya, mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana kerajaan menggunaka­n dana awam.

Chong turut menyangkal dakwaan bahawa kenyataan RM11 bilion wang kerajaan lesap dalam ‘black hole’ dikeluarka­n beliau bertujuan mendapatka­n sokongan politik peribadi dengan merosakkan reputasi dan kredibilit­i pihak plaintif.

“Ia tidak benar. Saya hanya menjalanka­n tugas sebagai anggota dewan terpilih,” ujarnya.

Ketika disoal Kong mengenai mengapa beliau tidak mengesahka­n kebenaran kenyataan tersebut Chong berkata, beliau telah mencuba yang terbaik untuk mendapatka­n maklumat daripada DUN namun gagal.

Perbicaraa­n diteruskan hari ini bermula jam 10 pagi dengan memanggil semula Chong sebagai saksi.

Selain Kong, turut hadir bagi membantu Chong dalam pemeriksaa­n balas defendan semalam adalah Sim Kiat Leng dan Chong Siew Chiang manakala pihak plaintif diwakili Penasihat UndangUnda­ng Sarawak Dato Sri JC Fong, Pegawai UndangUnda­ng Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin.

Pada 2013, Chong menggunaka­n istilah ‘black hole’ bagi menyatakan dana RM11 bilion hilang dari tabung negeri dan kenyataan tersebut seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Lembaga Kewangan telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Susulanitu,KerajaanNe­geri dan Lembaga Kewangan memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

 ??  ?? SELESAI: Chong keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes semalam.
SELESAI: Chong keluar dari kamar mahkamah selesai prosiding kes semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia